Jujutsu Kaisen baru saja melancarkan bab epilog bersama jilid terakhir manga, memberikan penutup yang penuh emosi sebagai jawapan finale kepada peminat. Walaupun klimaks utama siri ini berlaku dalam Bab 271, epilog khas dalam Bab 272 menawarkan pandangan baharu tentang kehidupan beberapa watak selepas cerita berakhir.
Epilog khas Jujutsu Kaisen ini, yang diperkenalkan semasa Jump Festa 2025, memfokuskan kepada Ozawa Yuko, Panda, Kugisaki Nobara, dan Uraume. Berikut adalah ringkasan epilog tersebut:
Ozawa Yuko

Epilog Ozawa memberikan gambaran menyentuh hati tentang hubungannya dengan Itadori Yuji, mengimbas kembali masa lalu dan perkembangan hidup mereka. Bab ini dimulakan dengan flashback semasa Yuji dan Ozawa di zaman persekolahan, di mana mereka bersama-sama menikmati keindahan salji.
Pada masa kini, Ozawa masih bergelut dengan perasaan terpinggir, mengeluh kerana rakan sekolah lamanya tidak lagi mengenalinya.
Kebetulan, Yuji bertemu Ozawa dan terus memanggil namanya, menghidupkan semula keakraban yang dikenali oleh peminat. Mereka berbual secara mendalam tentang kehidupan, di mana cinta mereka terhadap salji menjadi tema yang berulang.
Cinta terhadap salji menjadi simbol untuk menghargai momen bersama, seperti masa muda mereka. Kedua-dua Yuji dan Ozawa mengakui bahawa mereka masih menyukai salji, memberikan petunjuk halus tentang hubungan yang mungkin sedang mekar antara mereka.

Panda

Epilog Panda melangkaui beberapa dekad ke masa hadapan. Pada tahun 2035, Panda disimpan di sebuah fasiliti milik keluarga Gojo, di bawah penjagaan Okkotsu Yuta, yang telah mengambil peranan sebagai ketua sementara keluarga tersebut.
Pada tahun 2080, cerita memperkenalkan semula Panda apabila cucu-cucu Yuta menemui cursed corpse-nya. Walaupun kebanyakan masa Panda tidak bergerak, dia kadang-kadang menunjukkan tanda-tanda kehidupan.
Dengan sikap cucu-cucu Yuta yang ceria dan lantang—jauh berbeza dengan sifat Yuta—mereka terkejut apabila Panda tiba-tiba bersuara dan memarahi mereka kerana terlalu nakal.
Malangnya, Yuta sendiri tidak muncul dalam epilog ini, meninggalkan persoalan tentang identiti isteri Yuta.

Kugisaki Nobara

Epilog Nobara menjelaskan hubungan yang tegang antara dia dan ibunya. Mengikut permintaan terakhir Gojo, Nobara melawat ibunya, yang ternyata bukan seorang ibu penyayang. Sebaliknya, dia seorang wanita yang tidak peduli, lebih sibuk berhibur dan menikmati kehidupan mewah daripada mengambil berat tentang kebajikan anak perempuannya.
Malah, mungkin ramai terkejut apabila mengetahui bahawa ibu Nobara tidak menunjukkan sebarang empati, menjalani kehidupan penuh pembaziran dan sering bergaul dengan lelaki muda, sambil mengabaikan peranannya sebagai seorang ibu.
Walaupun diabaikan, Nobara tetap tenang dan mengingatkan dirinya bahawa lawatan itu hanyalah untuk memenuhi permintaan Gojo. Namun, suasana tegang itu bertukar lucu apabila Nobara membawa neneknya ke pertemuan tersebut.
Ternyata ibu Nobara sangat takut kepada ibunya sendiri, walaupun sudah berusia. Nobara tidak marah dengan tingkah laku ibunya, malah melihat situasi itu sebagai sesuatu yang menggelikan hati.

Uraume

Epilog Sukuna dan Uraume membawa pembaca kembali ke era Heian. Sukuna menemui Uraume di sebuah hutan, di mana kuasa ais Uraume berada di luar kawalan, menyebabkan kemusnahan besar termasuk kehilangan tragis ibu bapanya. Sukuna merasa simpati terhadap Uraume dan mengajaknya untuk mengikutinya.
Sukuna pada awalnya memanfaatkan kuasa Uraume untuk mengawetkan daging. Ketika terdengar Uraume kelaparan, Sukuna menyuruhnya memakan daging mentah di hadapannya, tetapi Uraume memilih untuk memasaknya terlebih dahulu.
Tindakan ini menunjukkan kawalan luar biasa Uraume terhadap kebolehannya, yang secara tidak langsung membuatkan Sukuna kagum dan tertarik. Menyedari potensi Uraume, Sukuna memutuskan untuk terus berada di sisinya.
Uraume, yang tidak menyedari bahawa dirinya berada di hadapan King of Curses, tanya mengapa Sukuna tidak merasa dingin di sekitarnya (setelah kerosakan yang disebabkan oleh kuasanya(. Kenyataan ini menghiburkan Sukuna di mana dia juga tanya soalan yang sama.
Epilog ini berakhir dengan Sukuna dan Uraume berjalan bersama.

@gamersantaimy
Discussion about this post