Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Phantom Parade – Gojo terbukti cukup OP dalam gameplay baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Jujutsu Kaisen Phantom Parade – Gojo terbukti cukup OP dalam gameplay baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan pada tahun ini, game aksi mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade telah mengeluarkan info baharu tentang watak yang bakal muncul, naratif original dan juga gameplay keseluruhan untuk permainan melalui siaran langsung terkini.

Bersama visual yang tidak pernah dilihat sebelum ini, kami dapat belajar serba sedikit tentang Jujutsu Kaisen Phantom Parade dan isi kandungannya.

Jalan cerita baru bersama tiga watak unik

Kredit: Sumzap

Phantom Parade mengikuti kisah anime Jujutsu Kaisen musim pertama, tetapi turut memperkenalkan elemen baharu. Paling unik sekali, ia memaparkan jalan cerita baharu di di samping naratif original, lengkap dengan beberapa watak baru dan lakonan suara yang baru dirakam khas untuk game.

Bagi watak baru, sebanyak tiga diperkenalkan iaitu:

  • Saki Rindo disuarakan oleh Rina Sato
  • Kensuke Nagino disuarakan oleh Rikiya Koyama
  • Kaito Yuki disuarakan oleh Kotaro Nishiyama

Tiga watak ini merupakan pelajar Fukuoka Jujutsu High – sekolah baru yang tidak pernah wujud di dalam anime mahupun manga (setakat ini). Malangnya, itu sahaja info yang didedahkan setakat ini. Siapa yang mereka akan berlawan? Siapakah orang jahat sebenar? Semua itu tidak didedahkan.

Sistem pertempuran turn-based, Gojo masih yang terkuat

Sistem pertempuran Phantom Parade turut didedahkan buat kali pertama. Secara am, game ini memakai sistem turn-based, di mana pemain perlu memanfaatkan kekuatan fizikal dan kuasa sihir sambil menguruskan fungsi-fungsi lain.

Daripada apa yang saya nampak, skil dan abiliti istimewa yang boleh digunakan dan disusun di sebelah kanan skrin. Sesetengah abiliti akan diaktifkan menggunakan Cursed Energy manakala abiliti istimewa (ultimate) boleh diaktifkan apabila bar ungu di bahagian bawah ikon watak dipenuhi. Apabila dilancarkan, abiliti ini akan ditemani oleh animasi yang cantik.

Kredit: Sumzap

Selain itu, jika banyak aksara menggunakan abiliti istimewa pada giliran yang sama, sejenis serangan duo unik akan diaktifkan. Serangan ini bukan sahaja akan melakukan banyak DMG tambahan, malah ia juga mempunyai efek tambahan seperti memulihkan Cursed Energy dan sebagainya.

Seterusnya, game ini menampilkan ciri “Memori“. Hadir dalam bentuk kad, Memori boleh dikumpul dan merupakan elemen yang menguatkan watak dan memberi kelebihan dalam pertempuran. Setiap Memori boleh diaktifkan pada bila-bila masa semasa pertempuran (sekali dalam pertempuran), dan memberi pelbagai efek seperti peningkatan DMG, peningkatan kuasa sihir, dan sebagainya. Setiap Memori merupakan adegan/peristiwa penting dalam siri dan dilukis dengan cantik.

Kredit: Sumzap

Akhir sekali adalah Satoru Gojo, satu-satunya anomali dalam game. Bagi mereka yang tidak tahu, Gojo ialah sorceror terkuat dalam siri dan tiada satu yang boleh mengatasinya.

Untuk mereplikasikan hal ini ke dalam game, pembangun membuatkan Gojo terlampau kuat daripada semua segi seperti ofensif dan defensif. Bukan itu sahaja; walaupun watak lain memakan 10 hingga 30 Curse Energy apabila melancarkan abiliti, Gojo hanya memakan 1 Curse Energy untuk menunjukkan kehandalan kawalannya.

Kredit: Sumzap

Menerapkan sistem gacha

Phantom Parade masih adalah game berunsur gacha, jadi sudah tentu pemain boleh mengumpul watak SSR dan Memori. Saya tidak pasti berapa banyak watak akan muncul dalam siaran langsung mengesahkan bahawa banyak lagi watak akan ditambah, selain daripada yang ditunjukkan.


Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada tahun ini. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen Phantom ParadeMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Game popular PC & konsol ‘Warframe’ rasmi akan keluar di Mobile!

Next Post

Review iQOO Z7 Supernova Orange – Smartphone gaming serba boleh tapi nilai harga marhaen!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review iQOO Z7 Supernova Orange – Smartphone gaming serba boleh tapi nilai harga marhaen!

Review iQOO Z7 Supernova Orange - Smartphone gaming serba boleh tapi nilai harga marhaen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd