Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Kini Anime Paling Popular di Dunia Menurut Guinness World Records!

Maira by Maira
April 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Jujutsu Kaisen Kini Anime Paling Popular di Dunia Menurut Guinness World Records!
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen nampaknya diiktiraf sebagai siri anime paling popular buat masa ini, mengalahkan siri One Piece dan Attack on Titan menurut Guinness World Records.

Mengambil data daripada Parrot Analytics, Jujutsu Kaisen telah menerima “demand” atau permintaan yang sangat tinggi berbanding siri TV biasa dengan mencatat rekod sebanyak 71.2%. Data tersebut telah dinilai berdasarkan berapa banyak perhatian, engagement dan tontonan daripada pengguna. Sistem mereka telah mendapatkan berbilion data baharu setiap hari daripada pelbagai sumber seperti live stream, muat turun, hashtag, penyelidikan dan banyak lagi.

Dengan tayangan musim kedua pada tahun lalu, sudah tentu jumlah tontonannya semakin meningkat sepanjang tahun 2023. Ditambah pula dengan pelbagai perkara suka duka yang berlaku dalam Jujutsu Kaisen Season 2, tidak pelik jika ramai yang menonton siri itu sepanjang tahun.

Jujutsu Kaisen

Buat anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Gege Akutami, dan mendapat adaptasi anime pada tahun 2020. Selepas itu, adaptasi filem bertajuk Jujutsu Kaisen 0 telah ditayangkan pada 2021. Berikut adalah sinopsis siri Jujutsu Kaisen:

“Pelajar Sekolah, Yuji Itadori menghabiskan hara-harinya berada di bilik kelab atau hospital, di mana dia melawat datuknya yang sakit, sambil terlibat dalam aktiviti paranormal palsu dengan Occult Club. Kemudian dia secara tidak sengaja menemui artifak sumpahan, dan hidupnya yang aman terus bertukar menjadi pelik. Selepas menelan objek itu, yang rupa-rupanya jari Ryomen Sukuna, Raja Sumpahan, Yuji kini terlibat dengan dunia jujutsu — penuh dengan entiti yang terhasil daripada kebencian dan emosi negatif manusia.”

Jujutsu Kaisen

Anda boleh membaca siri manga melalui MangaPlus manakala anime pula pada platform seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Guinness World RecordsJujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Reka Bentuk Pink Godzilla Diinspirasikan oleh Dragon Ball!

Next Post

Godzilla x Kong: The New Empire Review — Pertarungan Epik Antara Kaiju!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Godzilla x Kong: The New Empire Review — Pertarungan Epik Antara Kaiju!

Godzilla x Kong: The New Empire Review -- Pertarungan Epik Antara Kaiju!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd