Jujutsu Kaisen musim 2 telah bermula dengan rasminya! Dalam musim terbaru ini, kita akan diperkenalkan dengan salah satu watak penting dalam siri iaitu Toji Fushiguro, seorang assassin dengan gelaran “Sorcerer Killer”. Melihat namanya, sudah pasti anda tahu bahawa dia ada pertalian dengan Megumi. Kalau anda ingin tahu, dialah bapa kandung kepada Megumi. Kenapa pentingnya Toji dalam kisah Jujutsu Kaisen? Jom kami perkenalkannya kepada anda secara ringkas.

Bekas ahli keluarga Zenin
Toji sebenarnya datang daripada keluarga Zenin, salah satu keluarga yang berpengaruh dalam dunia jujutsu. Tetapi disebabkan dia tidak mempunyai Cursed Energy, ini membuatkannya dipulaukan oleh keluarganya. Tetapi Toji mempunyai mempunyai kekuatan fizikal yang hebat, jadi ini membuatkan beberapa orang daripada ahli keluarga Zenin yang gentar padanya. Walaupun begitu, layanan mereka terhadapnya begitu melampau sehingga dia membuat keputusan untuk keluar daripada keluarga itu dan mula menyimpan perasaan benci terhadap dunia tersebut.

Dia akhirnya menjadi seorang mercenary yang mengambil upah daripada pelbagai individu daripada komuniti jujutsu dan telah mendapat gelaran sebagai “Sorcerer killer”. Toji juga telah berkahwin dengan seorang wanita, dan mengambil nama keluarganya. Sebab itulah dia bukan lagi dipanggil sebagai Toji Zenin, tetapi Toji Fushiguro.
Kebolehan yang berkuasa
Toji juga sangat mahir dalam pelbagai kemahiran yang dia pelajari. Kalau anda ingin tahu, sorcerer yang mempunyai cursed energy akan meninggalkan sedikit jejak, jadi agak mudah untuk musuh menjejaki mereka. Memandangkan Toji tidak mempunyai Cursed Energy, dia bebas untuk bergerak tanpa halangan atau dikesan oleh sorcerer lain. Sebab itulah Tambahan pula, kekuatan luar biasanya membolehkan dia menggunakan senjata dengan mahir dan melemparkan pukulan maut kepada lawan yang paling kuat. Tidak peliklah mengapa dia berjaya mengalahkan Gojo selepas itu.

Kalau anda sedar, dia mempunyai sesuatu pada lehernya. Ia sebenarnya cursed tool yang bernama “Inventory Curse”, yang membolehkan Toji untuk membawa pelbagai senjata untuk digunakan semasa bertarung. Dengan itu, Toji bebas untuk ambil dan keluarkan senjata daripada mulut cursed tool itu. Ia juga boleh mengecilkan dirinya dan membolehkan Toji menelannya. Sebab itu, ramai yang tidak dapat mengesan cursed energy daripadanya. Ini menjadikannya lebih mudah untuk memberikan serangan hendap terhadap sorcerer lain.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kalau nak tahu perkembangan lanjut mengenai Toji Fushiguro, kenalah layan siri animenya! Anda boleh tontonnya melalui Netflix, Bilibili dan iQIYI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post