Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Kenali Suguru Geto & Mengapa Dia Menjadi Jahat?

Maira by Maira
August 3, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Kenali Suguru Geto & Mengapa Dia Menjadi Jahat?
Share on FacebookShare on Twitter

Musim kedua Jujutsu Kaisen membawa kita melihat zaman remaja Satoru Gojo bersama kawan baiknya Suguru Geto. Kita telah pun berjumpa dengan Geto dalam filem Jujutsu Kaisen 0, di mana dia telah bertukar daripada seorang shaman yang hebat menjadi curse user yang jahat dan benci kepada mereka yang bukan seorang jujutsu. Apa yang berlaku kepadanya sehingga dia berubah seperti ini? Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Sumber: MAPPA

Pengenalan ringkas

Sebelum menjadi seseorang yang kita kenali sekarang, Suguru Geto hanyalah seorang pelajar di Tokyo Jujutsu High bersama-sama Satoru Gojo dan Shoko Ieiri. Dengan sikap yang baik dan berbudi, dia membawa dirinya dengan bermaruah sebagai seorang jujutsu sorcerer. Bersama-sama Gojo, mereka berdua sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk menjadi yang terhebat dan percaya bahawa mereka boleh mencapai segala-galanya bersama.

Geto juga percaya bahawa sorcerer wujud untuk melindungi mereka yang bukan sorcerer. Tetapi semuanya berubah selepas kematian Riko Amanai.

Sumber: MAPPA

Bagaimana dia tinggalkan Jujutsu High & menjadi curse user

Dalam arc Hidden Inventory, Geto dan Gojo ditugaskan untuk melindungi Riko Amanai yang telah menjadi sasaran kumpulan Q dan Star Religious Group. Malangnya mereka telah gagal apabila Riko akhirnya dibunuh malah tepukan oleh ahli-ahli Star Religious Group membuatkannya geram. Tetapi dia tidak membunuh mereka kerana percaya jujutsu sorcerer perlukan sebab untuk membunuh.

Tetapi semakin lama kepercayaannya semakin pudar dan dia semakin menjauhkan diri daripada Gojo dengan melakukan misi berseorangan. Pertemuannya dengan Yuki Tsukumo akhirnya membuatkan Geto semakin jatuh ke dalam kegelapan. Yuki memberitahu bahawa sebab utama terciptanya sumpahan adalah mereka yang bukan sorcerer.

Sumber: MAPPA

Katanya cursed energy lebih mudah bebas melalui mereka berbanding sorcerer biasa. Tambahnya lagi, dia ingin memusnahkan cursed energy ataupun mengajar semua orang untuk mengawalnya. Tetapi Geto pula mempunyai cara penyelesaian lain iaitu membunuh semua orang yang bukan sorcerer.

Sumber: MAPPA

Tidak lama selepas itu, berlaku pula kejadian di mana junior Geto telah dibunuh, dan ini membuatkan Geto fikir semula mengenai tujuan seorang jujutsu sorcerer. Semasa dalam misi untuk menghentikan sumpahan yang berlaku di sebuah kampung, dia telah berjumpa dengan dua sorcerer yang dikurung kerana kuasa sumpahan yang dimiliki mereka.

Sumber: MAPPA

Melihat layanan yang diberikan kepada mereka berdua, Geto akhirnya membuat pilihan untuk meninggalkan kepercayaan lamanya lalu membunuh kesemua orang kampung tersebut dan menyelamatkan sorcerer tersebut.

Sejak itu, dia telah menjadi seorang curse user dan meninggalkan jujutsu High dan berlawan untuk sebuah dunia untuk sorcerer sahaja.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Anda yang masih belum menonton Jujutsu Kaisen Season 2, anda boleh menontonnya melalui platform rasmi seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Geto SuguruJujutsu KaisenSuguru Geto
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay Digimon: Source Code didedahkan, game mobile Digimon baru!

Next Post

Preview Apex Legends Season 18: Resurrection – Revenant rework, Charge Rifle berubah & banyak lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Preview Apex Legends Season 18: Resurrection – Revenant rework, Charge Rifle berubah & banyak lagi!

Preview Apex Legends Season 18: Resurrection - Revenant rework, Charge Rifle berubah & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd