Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen kena boikot di Korea Selatan kerana nama kontroversi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 29, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen kena boikot di Korea Selatan kerana nama kontroversi!
Share on FacebookShare on Twitter

Memang tidak boleh dinafikan bahawa Jujutsu Kaisen adalah salah satu anime terhangat dalam pasaran sekarang, namun ia kini menghadapi masalah boikot yang besar di Korea Selatan. Anime baru sahaja masuk ke story arc kedua, namun ia telah menimbulkan banyak kontroversi di luar negara, ketika penonton Korea Selatan melihat nama sebuah jurus.

Isu ini dibincangkan di Reddit oleh itadorinatsuki (posting sudah dibuang). Itadorinatsuki, yang mengenalkan dirinya sebagai orang Korea, menjelaskan bahawa ramai peminat Jujutsu Kaisen di Korea Selatan tidak berpuas hati dengan sejenis jurus tertentu milik Mei Mei yang bernama Bird Strike. Ia menjadi topik perbincangan kerana kanji-nya ditulis dengan cara yang sama seperti kamikaze.

Mei Mei menggunakan Bird Strike

“Apa latar belakang sejarah Kamikaze? Ia adalah nama pasukan tentera udara berani mati dalam Perang Dunia Kedua, dan saya rasa sebab mengapa fandom Korea marah adalah, ramai orang Korea pada zaman dahulu juga terpaksa menyertai kamikaze dan mengorbankan diri,” kata itadorinatsuki.

Nampaknya banyak peminat di Korea Selatan tersinggung dan dikhianati oleh nama jurus ini lalu mengadu tentang hal tersebut di internet di mana sebuah hashtag mula trending di Twitter yang memberitahu Akutami (pencipta Jujutsu Kaisen) adalah penyokong imperialisme Jepun. Peminat yang tersinggung ini juga meminta semua penonton Korea Selatan untuk memboikot anime Jujutsu Kaisen.

Apakah pendapat anda? Adakah mereka keterlaluan atau adakah ini sesuatu yang memang tidak patut? Kongsikan pendapat anda di ruang komen sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJujutsu Kaisenkamikazereddit
Previous Post

Sertai perjuangan MOBILE SUIT GUNDAM BATTLE OPERATION 2 di PS5 sekarang!

Next Post

[APGS 2021] Pengenalan Xbox dan Visi Permainan oleh Microsoft

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[APGS 2021] Pengenalan Xbox dan Visi Permainan oleh Microsoft

[APGS 2021] Pengenalan Xbox dan Visi Permainan oleh Microsoft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd