Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

Maira by Maira
February 3, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen merupakan siri anime dan manga popular buat peminat shonen. Sejak ia diterbitkan pada 2018, kita dibawa melihat sebuah dunia yang penuh dengan makhluk ghaib serta sihir yang kuat. Siri ini juga dikenali dengan keganasannya dan sudah tentu ada sahaja kematian watak yang tidak diduga.

Jujutsu Kaisen

Kami ada senaraikan beberapa kematian watak yang mengejutkan dalam siri Jujutsu Kaisen. Sudah tentu ia mempunyai banyak spoiler daripada manga. Jadi kami sorokkannya dalam bar spoiler!

Junpei Yoshino

Akibat sering dibuli, Junpei menjadi seseorang yang sangat negatif dan tidak mempunyai empati terhadap kebanyakan orang dan sering menyangka bahawa mereka ini sememangnya jahat atau mempunyai niat jahat terhadapnya. Dia antara orang yang rapat dengan Yuji semasa musim pertama anime.

Malang sekali, dia telah berjumpa dengan Mahito selepas dia membunuh pembulinya. Apabila Yuji menghentikannya daripada membunuh rakan sekelasnya, mereka berdua telah bergaduh. Tetapi kehadiran Mahito telah mengubah Junpei menjadi mutasi manusia dan mati tidak lama selepas itu.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA JUJUTSU KAISEN!!!

Toji Fushiguro

Jujutsu Kaisen

Bapa kepada Megumi ini mempunyai masa lampau hampir sama dengan Maki, di mana dia telah dilayan dengan teruk oleh keluarganya sendiri, Zenin. Itu membuatkannya benci terhadap dunia jujutsu dan meninggal keluarga tersebut. Dia akhirnya berkahwin dan mengambil nama keluarga isterinya “Fushiguro”.

Kalau anda ingin tahu, Toji telah pun mati apabila berlawan dengan Gojo suatu ketika dahulu. Apabila dia dihidupkan semula oleh Ogami dan mula menyerang sesiapa sahaja yang berada di hadapannya. Apabila menyedari bahawa dia bertarung dengan anaknya sendiri, Toji telah membunuh diri kerana tidak mahu mencederakan Megumi.

Kento Nanami

Jujutsu Kaisen

Jujutsu Sorcerer Grade 1 ini merupakan mentor kepada Yuji dalam beberapa arc. Tetapi dalam Shibuya Incident Arc, Nanami telah kecundang di tangan Mahito apabila mereka bertemu semula. Walaupun begitu, Nanami sudah bertarung dengan Dagon bersama-sama Maki dan Naobito. Selepas diselamatkan oleh Toji, dia berjumpa pula dengan Jogo dan telah menerima kecederaan parah apabila dia dibakar olehnya.

Walaupun begitu, dia terus menyerang semua mutasi manusia sehinggalah dia bertemu dengan Mahito. Sempat mereka berdua bertegur sapa sebelum Mahito memusnahkan badan Nanami di depan mata Yuji.

Mai Zenin

Jujutsu Kaisen

Mai merupakan kembar kepada Maki Zenin, salah seorang pelajar di Kyoto Jujutsu high. Memandangkan keluarga Zenin merupakan salah satu nama besar dalam dunia jujutsu, mereka berdua telah mendapat layanan yang teruk kerana tiada kebolehan sebagai sorcerer. Apabila Mai cedera parah selepas diserang ayah mereka, Maki telah datang untuk menyelamatkannya. Tetapi Maki telah dikalahkan.

Dengan kedua-dua mereka diambang maut, Mai telah mengorbankan nyawanya sendiri supaya Maki boleh mencapai kebolehan sebenarnya. Pertemuan terakhir adik-beradik ini memang menusuk kalbu betul.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Dengar cerita bab terbaru manga Jujutsu Kaisen minggu depan ada sesuatu yang mengejutkan. Nanti kami ceritakan. Untuk membaca berita menarik mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JJKJujutsu Kaisen
Previous Post

[Review] That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond – Pertalian kesaudaraan tidak akan putus

Next Post

Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!

Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan "gay bercium"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd