Baru-baru ini, acara “Juju Fest 2024” mendedahkan bahawa anime Jujutsu Kaisen akan mengadaptasikan “Hidden Inventory / Premature Death” arc daripada musim kedua anime kepada filem kompilasi, yang bakal keluar pada tahun 2025.

Bagi mereka yang tidak tahu, “Hidden Inventory / Premature Death” merupakan story arc kelima dalam Jujutsu Kaisen ciptaan Gege Akutami dan sebenarnya dipanggil “Gojo’s Past” arc dalam versi manga. Berikut adalah sinopsis:
“Kisah dari masa lalu… ia mengikuti Satoru Gojo dan Suguru Geto pada tahun 2006, semasa kedua-dua adalah pelajar tahun dua di Tokyo Jujutsu High dan masih berkawan. Mereka diberikan misi untuk melindungi dan mengiringi seorang gadis muda yang dikenali sebagai “Star Plasma Vessel” ke Master Tengen tetapi kedatangan seorang pembunuh upahan yang handal mengancam misi dan juga persahabatan mereka…”

Musim kedua anime Jujutsu Kaisen ditayangkan pada Julai 2023 di mana “Hidden Inventory / Premature Death” arc mengandungi sebanyak 5 episod. Buat masa ini, tidak banyak yang didedahkan — kita tidak tahu bila filem anime ini akan ditayangkan pada tahun 2025 dan jika apa-apa adegan baharu akan ditambahkan.
Nasib baiklah itu bukan satu-satunya projek yang dalam pembikinan. Shueisha mengesahkan bahawa anime Jujutsu Kaisen akan mendapat Season 3 yang mengadaptasi “Culling Game” arc. Studio MAPPA masih akan tanggungjawab untuk animasi, jadi anda tidak perlu risau tentang kualiti.
@gamersantaimy
Discussion about this post