Kalau anda baca manga Jujutsu Kaisen, pasti anda teringat pada satu watak yang masih terperangkap dalam sebuah kotak. Watak yang kami maksudkan ialah Gojo Satoru. Dalam dunia manga, Gojo telah terperangkap selama 19 hari tetapi buat pembaca hampir dua tahun lebih kita tidak melihatnya. Dalam bab terbaru Jujutsu Kaisen, nampaknya Gojo akan dilepaskan tidak lama lagi. Dengan Culling Game masih berjalan, jom kita lihat bagaimana pelajar Jujutsu High akan bertindak selepas ini. Kenjaku juga mempunyai rancangannya tersendiri.
AMARAN! Ada spoiler manga Jujutsu Kaisen di bawah!
Bab 220 bertajuk “Self-Purification, Self-Constraint” kita melihat Kenjaku cuba untuk menambah peraturan terbaru untuk Culling Game. Walaupun percubaan itu ditolak banyak kali kerana bercanggah dengan peraturan no 7.

Dia kemudian memberikan penerangan mengenai “Pure Barrier” yang berada di Jepun. Jika salah satu daripada barrier itu dimusnahkan, ia akan membuatkan Culling Game mustahil untuk diteruskan. Memandangkan game tersebut tidak mempunyai Game Master, Tengen yang menjadi pengawal kepada barrier ini boleh memusnahkan barrier tersebut, boleh menamatkan Culling Game.
Tetapi tindakan itu sendiri boleh mengakibatkan peperangan besar-besaran dengan Cursed Spirit. Sebab itulah Tengen percaya bahawa sorcerer lain boleh menghentikan Kenjaku.

Kenjaku mula mengancam Kogane supaya dia meluluskan peraturan barunya, jika tidak dia akan memusnahkan salah satu barrier, Hida Mountain Barrier. Dia telah menyeru Tengen dan mencipta “glitch” pada game itu. Setelah membandingkan peraturan baru, Kogane akhirnya meluluskan peraturan baru Kenjaku. Bukan setakat satu sahaja, tetapi dua peraturan yang Kogane terpaksa luluskan iaitu:
- Tiada pemain baru boleh menyertai Culling Game.
- Culling Game akan tamat apabila semua pemain kecuali Geto Suguru dan Fushiguro Megumi mati.

Selepas itu, Kenjaku meneruskan perjalanannya dalam Hida Barrier dan bertemu badan sebenar Sukuna. Lalu membawa badan tersebut bersamanya.
Kita ditemukan pula dengan watak-watak daripada Jujutsu High, setelah mereka berkumpul semula untuk menyelamatkan Gojo. Angel yang kita ingatkan sudah mati, rupanya diselamatkan oleh Amai. Bermakna peluang untuk lepaskan Gojo daripada Prison Realm masih lagi tinggi.

Dengan Sukuna tiada lagi dalam badan Yuji, mesti anda terfikir bagaimana dia akan terus berlawan? Kalau anda ingin tahu, Yuji kini seperti Cursed Object yang penuh dengan Cursed Energy Sukuna dan akan gunakannya untuk mengalahkan Sukuna. Dia juga sanggup memakan apa sahaja untuk dapatkan lebih banyak kuasa.

Dengan kedua-dua Yuji dan Yuta merancang untuk menyelamatkan Megumi, sudah tentu mereka perlu menghentikan Sukuna. Tidak sabar untuk melihat apabila mereka bertemu semula dengan Sukuna. Agaknya apalah yang Kenjaku ingin lakukan pada badan sebenar Sukuna? Nampaknya kenalah tunggu bab terbaru akan datang.
Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post