Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan trailer watak baharu untuk game Jujutsu Kaisen Cursed Clash yang memaparkan Yuta Okkotsu dan Suguru Geto daripada filem Jujutsu Kaisen 0. Game ini akan tersedia pada PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan Xbox One pada 1 Februari 2024, manakala versi Steam pula akan dilancarkan pada 2 Februari 2024.
Yuta Okkotsu

- Cursed Technique: Special Grade Cursed Apparition, Rika Orimoto
- Passive Ability: Rage
Yuta Okkotsu ialah fighter jarak dekat. Emosi dan Cursed Energy-nya akan meningkat apabila rakan sekutu cedera, lalu terbalikkan situasi yang sepatutnya payah! Dalam keadaan tertentu, Rika akan menjelma dan membantu dengan follow-up attack yang kuat!
Suguru Geto

- Cursed Technique: Special Grade Cursed Apparition, Rika Orimoto
- Passive Ability: Rage
Suguru Geto ialah ahli sihir berkarisma yang cemerlang dalam pertarungan jarak dekat dan sederhana. Buat agar pertarungan memihak kepada anda dengan menggunakan Cursed Spirit, teknik spell manipulation dan seni mempertahankan diri!
Tentang Jujutsu Kaisen Cursed Clash
Game ini merupakan 3D action brawler yang berdasarkan manga dan anime Jujutsu Kaisen yang sangat popular. Pemain akan membentuk pasukan dua watak untuk bertarung dalam pertempuran yang sengit serta mempertahankan manusia menentang raksasa yang dikenali sebagai Curses di Tokyo zaman moden di Jujutsu High. Gabungan watak yang berbeza akan mempunyai sinergi unik dan dinamik kuasa, menghasilkan pelbagai serangan pasukan tag yang kuat, kombinasi letupan dan banyak lagi.
“Cursed technique” boleh dikuasai dengan melengkapkan pertempuran untuk meningkatkan tahap kuasa setiap pejuang, yang membuka kunci serangan yang lebih kuat semasa mereka maju. Game ini juga menampilkan lebih 15 watak yang boleh dimainkan, termasuklah watak kegemaran peminat: Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, Gojo Satoru, Maki Zen’in, Toge Inumaki, Panda dan Ryomen Sukuna, Raja segala Sumpahan.
Dapatkan segala berita kami tentang game di SINI termasuk berita tentang watak-watak lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post