Sejak kebelakangan ini, tidak boleh dinafikan budaya anime makin berkembang pesat di Malaysia sehingga nama-nama besar pun sudi mengadakan acara di negara kita termasuk One Piece, Naruto, dan Attack on Titan. Kini, kami mendapat berita bahawa Jujutsu Kaisen akan mengadakan Animation Exhibition di Malaysia pada bulan depan!
Berita ini diumumkan melalui media sosial rasmi mereka yang berkata;

Bersedialah untuk menyertai pertarungan Sorcerer melawan Cursed Spirits, di mana kuasa roh seseorang ditolak ke had dalam pertempuran yang tidak berkesudahan, bakal meletus di Malaysia pada Ogos ini. Nantikan!
Dan jika anda melihat cover photo rasmi, Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia nampaknya akan berlangsung bermula 16 Ogos 2024 hingga 20 Oktober 2024 di Fahrenheit88, Kuala Lumpur. Selain itu, butiran lain tidak didedahkan termasuk apa yang ada di acara dan tiket.

Setelah dianjurkan di Jepun dan Taiwan, pameran Jujutsu Kaisen kali ini berhenti di Malaysia untuk mengajak peminat sekalian mengalami dunia anime ciptaan Gege Akutami.
Menurut info lama, lebih daripada 100 manuskrip dan reka bentuk watak boleh ditemui di Jujutsu Kaisen Animation Exhibition, dan anda boleh mendapat pandangan lebih intim dengan model bersaiz sebenar berdasarkan watak popular.
Pada masa yang sama, selami visual anime melalui ‘art projection’ gergasi sehingga merasakan diri seolah-olah melangkah masuk ke babak tersebut. Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk mengumpul barangan edisi terhad Jujutsu Kaisen di ruang kedai.

@gamersantaimy
Discussion about this post