Kugisaki Nobara merupakan salah satu watak penting dalam siri manga/anime Jujutsu Kaisen dan walaupun tidak menyerlah seperti Yuji, Megumi ataupun Gojo, tetapi kita tidak dapat menafikan kehandalannya. Malangnya, Nobara menemui nasib yang sangat kejam dalam Shibuya Incident Arc, di mana dia dibunuh oleh Mahito. Persoalannya; Adakah Kugisaki Nobara betul-betul mati?
Izinkan saya merungkaikan misteri tersebut.
Bagaimana Nobara Mati?

Dalam Shibuya Incident Arc, Kugisaki Nobara tidak memainkan peranan penting seperti watak-watak lain, tetapi masih terlibat dalam beberapa pertarungan yang menarik. Namun, pertarungan terbesarnya adalah bersama Mahito, yang kita tahu adalah salah satu cursed spirit paling kuat yang pernah wujud.

Nobara teringat apa yang Mahito mampu lakukan dan datang cukup rapat untuk menyerang klon Mahito menggunakan teknik Kanzashi (Hairpin). Pada mulanya, Mahito masih mempunyai kelebihan, tetapi dia terkejut apabila mendapat tahu teknik Tomonari (Resonance) milik Nobara boleh menyerang rohnya secara langsung. Ini bermaksud serangan Nobara pada klon telah dipantulkan kepada Mahito original lalu melantun semula ke klon, yang mengakibatkan kedua-duanya dicederakan.

Kelemahan ini membolehkan Yuji melancarkan pukulan demi pukulan yang sedang menyerang Mahito original pada masa yang sama. Ternyata, teknik Nobara sangat versatil dan berbahaya, jadi itulah sebabnya Mahito sedar bahawa dia perlu menyingkirkan Nobara secepat mungkin untuk bertahan hidup.

Untuk menangani krisis ini, kedua-dua Mahito (yang original dan klon) melarikan diri dari pertempuran dan memaksa Yuji dan Nobara untuk mengejar mereka. Kedua-dua Mahito berlari melepasi satu sama lain di lorong kecil, tetapi terperangkap di antara Yuji dan Nobara. Namun, si klon masih bergegas ke arah Yuji manakala Mahito original terus berlari dan menyentuh Nobara yang sedang keliru. Yuji sempat membunuh klon itu serta-merta tetapi Nobara gagal melihat serangan Mahito.


Selepas flashback yang pendek, Nobara menoleh ke arah Yuji lalu berkata kepadanya, sambil tersenyum, untuk memberitahu semua orang bahawa ia tidaklah teruk begitu. Tiba-tiba bahagian kanan muka Nobara berubah selepas terkena Idle Transfiguration milik Mahito, lalu meletup hingga terkeluar biji mata kirinya.
Yuji tidak boleh berbuat apa-apa, dan hanya mampu pandang sahaja dalam keadaan terkejut.
Nasibnya Samar-Samar

Daripada apa yang kita lihat, Nobara terus jatuh mati selepas mukanya diletupkan. Sebelum itu pun, dia menerima adegan flashback (adegan ini biasanya disimpan untuk watak yang sah akan mati). Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada Yuji. Saya faham jika semua orang menganggap Nobara telah mati.

Walau bagaimanapun, Todo Aoi dan Nitta Arata tiba pada waktu yang tepat untuk membantu Nobara sambil Yuji teruskan berlawan dengan Mahito. Di sini, Arata memberitahu Itadori bahawa dia telah menggunakan teknik penyembuhan pada Nobara. Disebabkan kecederaan ini baru sahaja berlaku, peluang Nobara untuk terus hidup bukanlah 0%. Bagaimanapun, dia juga memberi amaran kepada Yuji agar tidak menaruh terlalu banyak harapan.

Apabila Mahito akhirnya dikalahkan, Yuji bertanya kepada Megumi tentang nasib Nobara tetapi tidak menerima jawapan. Disebabkan jawapannya samar-samar, Yuji mengangggap Nobara telah mati.
Semua yang saya jelaskan di sini berlaku di manga.
Sejujurnya bagi saya, Nobara kemungkinan besar masih hidup kerana kematiannya tidak pernah disahkan ataupun diberitahu. Malah, apabila Gojo meninggal dunia dan pergi ke alam roh, dia bertemu dengan semua rakan-rakan yang telah mati mengorbankan diri termasuk Geto, Nanami, dan ramai lagi. Namun, Nobara tidak dilihat langsung di alam ini.
Ini juga adalah petanda bahawa Nobara masih hidup dan sedang menyembuhkan diri di lokasi lain.
Apa pendapat anda tentang Nobara – adakah dia benar-benar mati? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
Dapatkan segala berita kami tentang Jujutsu Kaisen di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post