Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen 235: Sukuna & Mahoraga Tumpas! Gojo Kekal Sebagai Sorcerer Terkuat! [SPOILER]

Maira by Maira
September 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
Jujutsu Kaisen 235: Sukuna & Mahoraga Tumpas! Gojo Kekal Sebagai Sorcerer Terkuat! [SPOILER]

Sumber imej: MAPPA, @Exly___ (Twitter)

Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan sengit siri Jujutsu Kaisen antara Gojo dan Sukuna nampaknya sudah tiba ke penamatnya! Sejak bulan Mei yang lalu, pertarungan antara kedua-dua sorcerer hebat ini telah membuatkan ramai peminat teruja, lebih-lebih lagi dengan Sukuna yang kini berada dalam badan Megumi. Walaupun begitu, Gojo tidak sedikit pun memberikan serangan ringan terhadap antagonis itu. Jadi apa pula keputusan untuk pertarungan Culling Game ini? Jom kita lihat apa yang berlaku dalam bab 235 Jujutsu Kaisen “Inhuman Makyo Shinjuku Showdown Part 13.”

Sumber: MAPPA

Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Jujutsu Kaisen bab 235!

Untuk pengetahuan anda, bab lalu telah mendedahkan kepada pembaca bahawa Sukuna telah menyeru Mahoraga dan beberapa Shikigami yang akhirnya membentuk Agito. Pada mulanya mereka ini memberikan masalah yang boleh tahan kepada Gojo. Tetapi sorcerer bermata biru ini telah pun mempunyai idea untuk menghentikan mereka.

Memandangkan tangannya telah dipotong, Gojo telah menggunakan Reversed Cursed Technique untuk mengembalikan tangannya. Nampaknya Agito telah tumpas dengan Black Flash yang digunakan Gojo. Satu lagi Black Flash pula digunakan pada Mahoraga. Sukuna yang mula panik cuba untuk menyerang Gojo tetapi telah dicampak ke arah Mahoraga oleh Gojo.

Sumber: Manga Plus

Bukan setakat itu sahaja, Sorcerer berambut putih itu juga menggunakan Red Technique dan membalingnya ke arah Blue Technique yang masih aktif, membuatkan Sukuna menyuruh Mahoraga untuk terus menyerang. Tetapi Sukuna nampaknya selangkah lambat daripada Gojo, kerana sorcerer itu akhirnya mengaktifkan Hollow Purple. Serangan hebat itu sudah tentu memberi kemusnahan besar dan paling penting sekali Sukuna tidak sempat untuk mengelaknya.

Sumber: Manga Plus

Walaupun Gojo juga tercedera, tetapi keadaannya tidaklah parah seperti Sukuna. Mahoraga juga telah termusnah akibat serangan tersebut. Ini serta merta menjadikan Gojo pemenang dalam pertarungan tersebut!

Sumber: Manga Plus

Tetapi adakah Sukuna akan duduk diam sahaja nanti? Kenalah tunggu bab terbaru pada 24 September ini kerana siri manga akan berehat selama seminggu. Anda yang ingin membaca bab ini, boleh ke aplikasi dan laman web rasmi Manga Plus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JJKJJK 235Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen 235
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Blue Exorcist kembali Awal 2024! Season 3 bernama Shimane Illuminati Saga!

Next Post

“Saga Ujian Chuunin tidak sepatutnya wujud” – Pencipta Naruto dipaksa oleh Editor!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
“Saga Ujian Chuunin tidak sepatutnya wujud” – Pencipta Naruto dipaksa oleh Editor!

"Saga Ujian Chuunin tidak sepatutnya wujud" - Pencipta Naruto dipaksa oleh Editor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd