Dua permainan video percuma seterusnya yang boleh anda tuntut dari Epic Games Store telah didedahkan. Bermula dari 17 Oktober, anda boleh dapat game thriller psikologi Observer dan horror shooter Alan Wake’s American Nightmare secara percuma. Apa yang anda perlukan adalah akaun Epic Games Store dan launcher.
Observer membintangi Rutger Hauer sebagai Daniel Lazarski, yang merupakan salah seorang Observers. Lazarski mempunyai keupayaan untuk menggodam minda orang untuk menyoal siasat mereka serta keupayaan untuk melihat persekitarannya dengan augmented vision. Apabila Lazarski menerima panggilan daripada anaknya dan jumpa sebuah mayat, dia terperangkap ke dalam dunia yang penuh konspirasi dan rahsia. Observer mempunyai banyak teka-teki dan banyak keseronokan siber jika anda berminat game seperti Blade Runner.
https://www.youtube.com/watch?v=IUzXJ44q9EY
Alan Wake’s American Nightmare adalah spinoff kepada horror shooter Alan Wake pada 2010 dan memberi tumpuan lebih kepada pertempuran berbanding pendahulunya. Mode kempen utama disertai dengan mode arked di mana Alan boleh berlawan gelombang demi gelombang musuh yang semakin sukar. Ia lebih berorientasi aksi berbanding seram untuk Alan Wake, tetapi masih kekal menyeronokkan.
Permainan video di atas akan menggantikan Surviving Mars oleh Paradox dan Haemimont sebagai game percuma Epic Games Store. Surviving Mars adalah city-building management sim yang berlangsung di Marikh. Anda bertanggungjawab untuk mengumpul sumber, membina pangkalan, dan berusaha untuk bertahan hidup dalam persekitaran yang tidak menyenangkan. Anda boleh menebus Surviving Mars dan DLC Space Race-nya sekarang secara percuma di Epic Games Store.
Sumber – Techraptor
@gamersantaimy
Discussion about this post