Dengan kemaraan tanpa banyak masalah daripada Winners Bracket untuk acara Grand Finals, 575 berhadapan dengan HoldMyBeer yang bertungkus lumus berjuang daripada Losers Brackets.
Pusingan bermula dengan 575 menggunakan Nightmare kesayangannya dan HoldMyBeer yang masih setia dengan Groh. Pertunjukan yang hebat oleh kedua-dua peserta, dan HoldMyBeer berjaya memenangi pusingan pertama. Tanpa teragak-agak, 575 mengalahkan HoldMyBeer dalam pusingan kedua dengan kemenangan 3-0 yang bersih.
Pusingan ketiga bermula dengan kemenangan Nightmare, sebelum Groh memenangi satu perlawanan selepas empat kekalahan. Usaha HoldMyBeer harus disanjung, tetapi beliau ditumpaskan oleh 575 yang memastikan kemenangan pusingan ketiga. Malangnya, HoldMyBeer tidak dapat bersaing dengan 575 dalam pusingan keempat, lantas 575 memenangi pusingan untuk menjadi juara untuk PEF 2019 Soulcalibur Asia League dan menjamin posisi di Southeast Asia Majors yang berlangsung di Singapura. Sekali lagi, tahniah kepada 575!
@gamersantaimy
Discussion about this post