Memandangkan tayangan The Marvels semakin dekat, GSC dan TGV telah mengumumkan yang pembelian tiket akan bermula hari ini, 27 Oktober 2023 jam 12 tengah hari.
Tayangan The Marvels akan bermula pada 9 November. Jadi kalau anda ingin dapatkan seat paling bagus untuk menonton The Marvels, kenalah rebut awal tiket tersebut! Anda boleh pergi ke laman web GSC dan TGV untuk pembelian tiket tersebut!
Bukan setakat itu sahaja, TGV Cinemas turut membawa Funko Pop edisi khas The Marvels yang dijual pada harga RM 85!Ia sudah pun dijual bermula 26 Oktober. Terdapat enam watak yang tersedia untuk anda pilih iaitu:
- Captain Marvel
- Ms Marvel
- Prince Yan
- Photon
- Nick Fury
- Dar-Benn
Tentang The Marvels
Filem ini akan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal iaitu Brie Larson sebagai Captain Marvel, Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau, Iman Vellani sebagai Ms. Marvel, Zawe Ashton sebagai Dar-Benn, Gary Lewis, Park Seo-joon sebagai Yan D’Aladna, Zenobia Shroff sebagai Muneeba Khan, Mohan Kapoor sebagai Yusuf Khan, Saagar Shaikh sebagai Aamir Khan, dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Berikut adalah sinopsis rasmi The Marvels:
Carol Danvers aka Captain Marvel telah menuntut semula identitinya daripada Kree yang zalim dan membalas dendam terhadap Supreme Intelligence. Tetapi akibat yang tidak diingini menyaksikan Carol memikul beban alam semesta yang tidak stabil.
Apabila tugasnya menghantarnya ke Wormhole anomali yang dikaitkan dengan seorang revolusioner Kree, kuasanya menjadi terikat dengan kuasa peminat hebat Jersey City, Kamala Khan aka Ms. Marvel, dan anak saudara Carol yang terasing, kini S.A.B.E.R. angkasawan Kapten Monica Rambeau. Bersama-sama, trio yang tidak mungkin ini mesti bekerjasama dan belajar bekerjasama untuk menyelamatkan alam semesta sebagai “The Marvels.”
Jika anda ingin mengetahui tentang mereka bertiga, anda boleh klik di sini, untuk melihat biodata The Marvels. Untuk mendapatkan berita lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post