Setelah sekian lama menunggu filem Black Adam, akhirnya ia akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Oktober 2022! Apa yang lebih istimewa adalah GSC telah mengumumkan tarikh Fan Screening bagi filem yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson iaitu Black Adam pada 19 Oktober 2022 jam 8 malam.
Tiket Fan Screening telah pun mula dijual sejak 29 September 2022 pada 12 malam tadi. Dengan membeli tiket, anda juga akan mendapat barang istimewa yang dikeluarkan khas untuk Fan Screening sahaja iaitu komik eksklusif Black Adam dan satu minuman regular.

Untuk Fan Screening, GSC telah membuka pelbagai lokasi untuk anda layan filem Black Adam dan tidak terhad kepada satu pawagam sahaja. Dari utara ke selatan, semua ada. Anda boleh membeli tiket di laman web rasmi GSC Malaysia.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Black Adam mengisahkan tentang seorang anti-hero Mesir yang melarikan diri dari penjara selepas 5,000 tahun. Berikut adalah sinopsis penuh tentang filem ini:

Di Kahndaq purba, Teth Adam dianugerahkan kuasa para “god”. Selepas menggunakan kuasa ini untuk membalas dendam, dia dipenjarakan dan menjadi Black Adam. Hampir 5,000 tahun telah berlalu dan Black Adam telah pergi dari manusia, kepada mitos, kepada legenda. Kini dilepaskan dalam bentuk keadilannya yang unik, yang lahir daripada kemarahan, dicabar oleh wira moden yang membentuk Justice Society: Hawkman, Dr. Fate, Atom Smasher dan Cyclone.
Menurut Warner Bros. Malaysia
Saya ingin mengingatkan anda bahawa tiket Fan Screening Black Adam telah pun mula dijual sejak 29 September 2022 pada harga RM 40. Manakala tayangan umum bagi filem ini akan bermula pada 19 Oktober 2022 jam 9 malam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post