Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jualan SEGA Sale di PS Store dengan diskaun tawaran sehingga 80%!

Jualan ini bermula dari 26 Mei sehingga 9 Jun

Amir Haziq by Amir Haziq
May 27, 2021
in Artikel, Berita, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Jualan SEGA Sale di PS Store dengan diskaun tawaran sehingga 80%!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk pengguna konsol PlayStation! PlayStation Store kini sedang mengadakan jualan SEGA Sale untuk pelbagai game PlayStation 5 dan PlayStation 4 dengan harga yang menarik! Jualan ini menampilkan lebih 50 game SEGA dari pelbagai genre yang boleh anda dapatkan bermula dari 26 Mei sehingga 9 Jun.

Berikut adalah senarai pilihan game yang kami cadangkan untuk anda:

Yakuza: Like a Dragon (PS4 PS5)  RM114.50 

Game RPG ini merupakan siri ke-8 untuk Yakuza dan telah dilancarkan pada Januari 2020 untuk PS4. Siri kali ini memfokuskan kepada kehidupan Ichiban Kasuga selepas dibebaskan dari penjara. Anda akan bermain sebagai Ichiban untuk melakukan quest dengan menjadi hero dan mencari dalang yang mengkhianatinya bersama dengan watak playable lain.

Sakura Wars Digital Deluxe Edition (PS4) RM68.20

Sakura Wars merupakan francais media steampunk Jepun yang diterbitkan oleh SEGA dan memfokuskan kepada siri game cross-genre. Siri kali ini dibuat untuk versi fiksyen zaman Taisho dimana sekumpulan wanita dengan kemampuan magic menggunakan mecha berkuasa wap untuk memerangi ancaman musuh dan iblis.

Persona 5 Royal (PS4) RM126.00

Persona 5 Royal atau P5R merupakan pelepasan peningkatan eksklusif Persona 5 untuk PS4, dan kini ia boleh dimainkan di PS5 kerana telah mempunyai backward compatibility. Edisi Royal ini memperkenalkan semester ketiga yang tidak muncul dalam game asal Persona 5, dan ia mempunyai realiti misteri yang telah diubah dengan pelbagai parti baru untuk pemain.

13 Sentinels: Aegis Rim (PS4) RM131.45

Game ini telah dibangunkan oleh Vanillaware untuk konsol PS4 dan telah dikeluarkan secara global pada September 2020. 13 Sentinels: Aegis Rim terbahagi kepada segmen side scrolling adventure dan pertempuran real-time strategy. Anda akan dibawa ke sebuah kisah dimana 13 watak fiksyen pelajar sekolah tahun 1980 yang telah termasuk ke peperangan masa hadapan menggunakan mecha dan Kaiju.

Empire of Sin (PS4) RM104.30

Empire of Sin ialah sebuah game strategy-RPG yang dibangunkan oleh Romero Games dan telah dilancarkan pada Disember 2020. Pemain akan membawa watak sebagai salah satu ketua gangster yang diinspirasikan dari figura sebenar di Chicago semasa era Prohibition. Pemain perlu menjaga dan menugaskan anak buahnya untuk mengambil alih perniagaan kelab dan kartel musuh mereka serta merekrut ahli baru. Anda juga akan mempertahankan kekuasaan anda dari dirampas oleh ketua gangster lain dan mengelak ditahan oleh pihak berkuasa Chicago.

Dapatkan game yang tersenarai ini PlayStation Store bermula 26 Mei sehingga 9 Jun nanti. Untuk melihat senarai game yang ada dalam tawaran SEGA Sale ini, anda boleh sahaja layari laman blog Sega. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan game yang menarik dengan harga yang murah!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps storePS4ps5Sega Sale
Previous Post

Mercenaries Blaze: Dawn of the Twin Dragons dilepaskan di Steam 10 Jun ini!

Next Post

Senarai game percuma PlayStation Plus untuk Jun 2021 didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Senarai game percuma PlayStation Plus untuk Jun 2021 didedahkan!

Senarai game percuma PlayStation Plus untuk Jun 2021 didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd