Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Tengok Ultraman Dub Melayu di Youtube! Rasmi oleh Tsuburaya!

Maira by Maira
November 8, 2022
in Artikel, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Jom Tengok Ultraman Dub Melayu di Youtube! Rasmi oleh Tsuburaya!
Share on FacebookShare on Twitter

Ultraman sememangnya salah satu francais yang terkenal di negara kita. Ia juga antara francais yang mewarnai zaman kanak-kanak kita. Nampaknya kita kini boleh menonton siri Ultraman dalam bahasa Melayu di saluran Youtube rasmi oleh Tsuburaya!

Welcome to the ULTRAMAN OFFICIAL Malay YouTube Channel!
The first series available in Malay will be #UltramanOrb! First episode starts today, with new episodes to be updated every Monday 4 PM local time.
Subscribe to the channel and enjoy Ultraman!https://t.co/O6YTiNws9D pic.twitter.com/eZRbRly1kk

— ULTRAMAN Global (@TsuburayaGlobal) November 8, 2022

Melalui pengumuman rasmi di Twitter, Tsuburaya telah membuka saluran Youtube rasmi yang akan menyajikan siri Ultraman dalam alih suara bahasa Melayu. Siri pertama yang akan ditayangkan ialah Ultraman Orb dan akan bermula pada hari ini, 8 November. Episod baru untuk siri itu akan dikemas kini pada setiap hari Isnin, jam 4 petang.

Kalau anda ingin tahu, Ultraman Orb merupakan “The Warrior of Light” yang mengelilingi dunia sebagai Kurenai Gai untuk menghentikan kebangkitan Lord Monster dan mengalahkan Maga-Orochi. Dia akhirnya menenui jejaknya di Jepun dan menggunakan Fusion-Up dengan mengubah tenaga Orb Ring, yang digunakan oleh Ultraman untuk menghentikan Lord Monster, lalu menjadi Ultra Fusion Card.

Ultraman Melayu

Melihat daripada penerangan ringkas saluran Youtube itu, ada kemungkinan besar Tsuburaya ada bekerjasama dengna Astro untuk alihan suara tersebut. Lagi pun, hanya saluran Astro Ceria sahaja yang menayangkan siri Ultraman dalam bahasa Melayu di TV. Buat masa ini, Ultraman Decker boleh ditonton di saluran tersebut.

Dengan adanya saluran Youtube rasmi ini, lebih mudah untuk peminat Ultraman lain untuk menonton siri tersebut dalam bahasa Melayu. Mungkin lebih banyak lagi siri yang akan ditambah pada masa akan datang. Jadi jangan lupa untuk sokong dan melanggannya!

Minggu ini juga akan adanya sebuah acara yang dipanggil “ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA” yang akan menampilkan pelbagai figura daripada Tamashii Nations. Bolehlah tengok figura terbaru daripada mereka nanti. Kami juga akan bawakan anda melihat acara tersebut nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Ultraman daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MelayuTsuburayaUltramanUltraman Saluran YouTube Rasmi Bahasa Melayuyoutube
Previous Post

Set “MtG: The Brothers’ War” akan keluar pada 18 November, Token edisi terhad ditawarkan di Malaysia!

Next Post

One Piece Odyssey cerita kembali kisah di Water Seven, Usopp kena culik lagi!?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
One Piece Odyssey cerita kembali kisah di Water Seven, Usopp kena culik lagi!?

One Piece Odyssey cerita kembali kisah di Water Seven, Usopp kena culik lagi!?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd