Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Sambut Pelancaran Astro Bot Di Sunway Pyramid!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, PS5, Tempatan
0 0
0
Jom Sambut Pelancaran Astro Bot Di Sunway Pyramid!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment Singapore meraikan pelancaran Astro Bot dengan kehadiran replika gergasi di Sunway Velocity bermula hari ini, 6 September! Pada masa yang sama, sebuah zon pop-up Astro Bot akan diadakan di Blue Concourse, Sunway Pyramid, dari 12–16 September 2024!

Kredit: PlayStation

Dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam, zon pop-up mengasyikkan ini menjanjikan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan cenderahati eksklusif untuk pengunjung.

Pertama sekali, para hadirin berpeluang untuk mengalami game Astro Bot secara langsung, melawat Astro Balloon gergasi, menikmati tawaran istimewa PlayStation dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti.

Kredit: PlayStation Asia

Pengunjung juga boleh mengumpul setem melalui Sunway Mall App untuk layak menerima hadiah menarik dan peluang bermain mesin hadiah bertemakan Astro Bot, bagi memenangi cenderahati edisi terhad, termasuk pelekat Astro Bot, lencana pin enamel, rantai kunci, bantal khas, dan banyak lagi.

Giveaway untuk barangan Astro Bot tersedia setiap hari dan boleh ditebus jika anda dapat memenuhi kriteria di bawah dan mengumpul 4 setem menggunakan Sunway Mall App:

  • Ikuti @PlayStationAsia dan @sunway_pyramid di Instagram.
  • Cuba Astro Bot di ruang hands-on.
  • Ambil gambar di Astro Bot Photobooth.
  • Lukis Astro Bot.

Dengan melengkapkan langkah ini, peserta berpeluang memenangi hadiah utama, termasuk konsol PlayStation 5, set wireless headset PULSE Elite dan DualSense Wireless Controller – Astro Bot Limited Edition.

Untuk melayakkan diri, peserta mesti menjawab soalan melalui Sunway Mall App. Tiga jawapan terbaik akan dipilih untuk memenangi hadiah ini, dengan satu hadiah diberikan kepada setiap pemenang.

Kredit: PlayStation

Jika terlepas peluang untuk membeli Limited Edition Astro Bot DualSense, jangan risau – anda masih boleh memenangi satu! Sertai cabaran media sosial ‘Where’s Astro Bot’ dari 6 hingga 12 September di Facebook dan Instagram. Ikuti @PlayStationAsia dan lihat media sosial mereka untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara menyertai cabaran menarik ini.

Bagi mereka yang berminat, Astro Bot – Standard Edition (Disc/Digital) boleh dibeli sekarang pada harga RM249. Edisi Digital Deluxe, yang merangkumi game, Yharnam Hunter Outfit, Golden, Neon Dream Dual Speeder Colour, Champions’ Gold Dual Speeder Colour, 10 Avatar PSN, dan Digital Soundtrack & Art Gallery, boleh didapati pada harga RM299 .

Jika bernasib baik, DualSense Wireless Controller – ASTRO BOT Limited Edition juga boleh dibeli di kedai terpilih, sementara stok masih ada.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASTRO BOT
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] Sony Mendedahkan Rupa PS5 Pro Tanpa Sengaja!

Next Post

Apple Arcade Menambah 8 Game Baharu, Termasuk Balatro & NBA 2K25

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Apple Arcade Menambah 8 Game Baharu, Termasuk Balatro & NBA 2K25

Apple Arcade Menambah 8 Game Baharu, Termasuk Balatro & NBA 2K25

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd