Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Jom rebut peluang untuk bertemu si Witcher, Henry Cavill” – Sesi Meet & Greet maya di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Eksklusif, Kolaborasi, Movie/siri, Netflix, Tempatan
0 0
0
“Jom rebut peluang untuk bertemu si Witcher, Henry Cavill” – Sesi Meet & Greet maya di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran The Witcher Season 2 akan datang di Netflix, 15 peminat super dari Malaysia akan dapat bertemu secara sesi Meet & Greet dengan si Witcher, Henry Cavill! Untuk mendapatkan peluang bagi menghadiri acara sekali seumur hidup ini pada Jumaat, 3 Disember 2021 jam 17:00 GMT +8, anda perlu menyertai peraduan Gamer Braves yang akan berlangsung dari 23 November 2021 hingga 28 November 2021, 23:59 GMT +8.

Bukan setakat Meet & Greet sahaja, peminat Malaysia juga boleh bertanya satu soalan idaman kepada Henry Cavill, dan juga mendapatkan pandangan awal untuk episod pertama The Witcher Season 2!

Cara-cara untuk menyertai peraduan

Anda tidak perlu menjalani ujian sama seperti di Witcher untuk menyertai peraduan ini. Hanya lakukan langkah-langkah yang tertera di bawah:

Langkah 1: Uji pengetahuan trivia anda melalui Google Form ini.

Langkah 2: Kongsi posting dari halaman Facebook GamerBraves. Pastikan posting anda tidak Private dan ditetapkan kepada Public!

Langkah 3: Tag tiga rakan, serta halaman Facebook rasmi Netflix Malaysia.

Langkah 4: Dalam posting anda, sertakan #WitcherBravesMY dan slogan “It’s monster slaying time!”. Contoh:

TERMA DAN SYARAT:

Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 TAHUN ke atas
  • Pekerja dan keluarga terdekat Netflix, rakan kongsi media, agensi, penganjur peraduan tidak layak untuk menyertai.

Fasal

Jika dipilih untuk menyertai sesi Meet and Greet maya ini, anda mesti mengakui perkara-perkara berikut:

  • Anda dikehendaki memberikan maklumat peribadi untuk tujuan pengesahan.
  • Syarat Live Meet & Greet (“Acara Langsung”) yang setiap peserta perlu akui dan bersetuju adalah:
    • Dipilih dan kehadiran Live Event tidak menjamin sebarang interaksi dengan bakat.
    • Jika peserta dipilih untuk bertanya soalan, peserta harus menjamin dan menyatakan bahawa interaksi mereka tidak akan bersifat lucah, memfitnah, mendiskriminasi, menyinggung perasaan, memudaratkan. Supaya jelas, Netflix berhak menamatkan Live Event pada bila-bila masa atau untuk menamatkan akses peserta kepada Live Event mengikut budi bicara.
    • Live Event akan dirakam dan setiap peserta bersetuju bahawa nama, suara dan rupa mereka boleh dirakam dan digunakan dalam mana-mana bahan terhasil daripada acara dan rakaman. Penyertaan dalam Live Event memberi kebenaran dari peserta kepada Netflix, rakan kongsi dan agensinya untuk menggunakan, tanpa pampasan, imbuhan atau pemberitahuan, nama, rupa, gambar, bentuk, suara dan/atau sebarang kenyataan yang dibuat oleh peserta dalam mana-mana media dan wilayah untuk tujuan promosi.
    • Netflix berhak pada bila-bila masa untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai, menangguhkan, menggantung Live Event atau membatalkan/menamatkan akses mana-mana peserta ke acara jika Netflix, mengikut budi bicara, menganggap perlu. Netflix juga tidak akan bertanggungjawab jika Live Event tidak dapat berlangsung, atas sebarang sebab di luar kawalan yang munasabah.

Peraduan tamat pada 28 November 2021, 23:59 GMT +8. Semoga berjaya! Untuk segala liputan kami tentang Netflix, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: henry cavillMalaysiaThe Witcher
Previous Post

Manga Komi Can’t Communicate akan masuk arc terakhir tidak lama lagi

Next Post

[Review] COD: Vanguard – Alami Perang Dunia Kedua dari Pelbagai Perspektif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] COD: Vanguard – Alami Perang Dunia Kedua dari Pelbagai Perspektif

[Review] COD: Vanguard - Alami Perang Dunia Kedua dari Pelbagai Perspektif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd