Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Meriahkan Pelancaran Pokémon Scarlet & Violet di Paradigm Mall, PJ! Boleh Jumpa Pikachu Tau!

Maira by Maira
November 7, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, Tempatan
0 0
0
Jom Meriahkan Pelancaran Pokémon Scarlet & Violet di Paradigm Mall, PJ! Boleh Jumpa Pikachu Tau!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Pokémon mesti sudah tidak sabar untuk meneroka wilayah Paldea dalam game terbaru Pokémon Scarlet dan Violet. Berita baiknya, akan ada satu acara khas akan berlangsung sempena pelancaran game tersebut. Acara yang dimaksudkan ialah “Pokémon Scarlet and Pokémon Violet Launch Event Roadshow“.

Pokémon scarlet violet
Sumber: aeonfantasymalaysia

Ia akan berlangsung selama enam hari bermula 15 November sehingga 20 November 2022. Berikut adalah maklumat ringkas untuk acara tersebut:

  • Tarikh: 15 November – 20 November 2022
  • Tempat: Upper Atrium, Level UG, Paradigm Mall, Petaling Jaya
  • Masa: 10 pagi – 10 malam
Pokémon scarlet violet

Pelbagai aktiviti yang akan diadakan sepanjang Roadshow Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet ini. Anda boleh rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti tersebut:

  • Pelancaran game
  • Sesi tutorial TCG
  • Kemunculan Pikachu dan rakan-rakan Paldea (Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly)
    • Walkabout
    • Meet & Greet
    • Persembahan Tarian
  • Pameran tetamu
  • Bingo Rally
Pokémon scarlet violet

Terdapat juga ruang untuk anda mencuba demo game tersebut. Bukan setakat itu sahaja, terdapat Pop-Up Store untuk anda mendapatkan merch rasmi Pokémon yang diterbangkan dari Pokémon Center.

Sebagai peringatan, disebabkan Pilihan Raya Umum Malaysia dijalankan pada 19 November, acara ini akan ditangguhkan kepada jam 5 petang. Jadi jangan pula anda menunggu Pikachu dan rakan-rakannya pada waktu pagi nanti. Jangan lupa pula untuk mengajak trainer lain untuk memeriahkan Pokémon Scarlet and Pokémon Violet Launch Event Roadshow. Anda boleh dapatkan tentatif acara melalui laman web rasminya.

Apa pun, kami tahu anda semua tidak sabar untuk bermain game Pokémon baru ini apabila ia lancar pada November nanti. Siap sediakan Nintendo Switch anda untuk mulakan pengembaraan hebat ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokémon daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaParadigm MallPokemon ScarletPokemon Violet
Previous Post

Pengarah Avatar sedia untuk tamatkan francais jika The Way of Water gagal!

Next Post

Final Fantasy XVI siap 95%, tarikh pelancaran bakal diumumkan hujung tahun 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Final Fantasy XVI siap 95%, tarikh pelancaran bakal diumumkan hujung tahun 2022!

Final Fantasy XVI siap 95%, tarikh pelancaran bakal diumumkan hujung tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd