Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom meriahkan NIJIGEN EXPO 2022 di Sungei Wang minggu ini!

Maira by Maira
March 15, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Game, Komik, Tempatan
0 0
0
Jom meriahkan NIJIGEN EXPO 2022 di Sungei Wang minggu ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Teringat dulu-dulu sebelum covid, hujung tahun mesti ramai antara kita lagi-lagi peminat anime buat rancangan ramai-ramai untuk pergi ke Comic Fiesta. Bukan setakat itu sahaja, boleh juga kita jumpa dengan ramai orang yang mempunyai minat yang sama dan jumpa ramai cosplayer yang hebat-hebat. Comic Fiesta mungkin sudah tiada, tetapi ada acara ACG (Anime,Comic dan Game) baru yang boleh korang ikuti tau! Nijigen Expo 2022 telah dilancarkan untuk memanggil kembali semua peminat anime untuk memeriahkan expo kali ini!

Nijigen Expo 2022

Untuk anda yang tidak tahu, ini merupakan kali kedua Nijigen Expo dijalankan. Ianya telah diadakan pada bulan Januari yang lalu. Disebabkan ia mendapat sambutan hangat, expo ini kembali dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang tersedia di Nijigen Expo 2022!

Acara ini akan berlangsung pada 18- 20 Mac 2022 di Jumpa@ Sungei Wang, terletak di G&LG Floor. Anda boleh sampai ke sana dengan menaiki MRT dan berhenti di Bukit Bintang. Anda hanya perlu berjalan kaki lima minit sahaja untuk ke sana. Tiket dijual pada harga RM 5 di tapak expo bermula pada 17 Mac 2022. Acara akan berlangsung bermula 10 pagi sehingga 9 malam.

Seperti acara ACG yang lain, terdapat pelbagai booth yang dibuka untuk menjual barangan seperti figura, patung plushy, doujin, barang tokusatsu, gundam dan banyak lagi merch lain. Terdapat juga booth cosplayer yang akan dibuka. Jadi, kalau anda ingin bergambar bersama cosplayer yang diminati, bolehlah singgah dan menyokong produk yang dijual mereka.

Selain itu, ada juga pertandingan yang akan dijalankan sepanjang acara ini berlangsung. Ada pertandingan Trading Card Game (TCG) untuk Battle Spirit, Digimon, Vanguard dan Yu-Gi-Oh! Pertandingan untuk cosplayer juga turut diadakan. Kalau anda minat cosplay sebagai Kamen Rider, anda boleh sertai Kamen Rider Henshin Pose pada 19 Mac ini.

Disebabkan Nijigen Expo 2022 berlangsung secara besar-besaran, anda kena ingat supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Semoga korang semua berseronok di expo itu nanti! Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila pergi ke laman Facebook rasmi!

Sumber: Facebook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ACGMalaysiaNijigen Expo 2022
Previous Post

Review Dying Light 2: Cara untuk survive dalam dunia apokaliptik

Next Post

Jom ramai-ramai serbu PUBG Mobile Air Drop Truck di KL dan Selangor

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jom ramai-ramai serbu PUBG Mobile Air Drop Truck di KL dan Selangor

Jom ramai-ramai serbu PUBG Mobile Air Drop Truck di KL dan Selangor

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd