Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix September 2023! Tanpa membuang masa, jom kita lihat filem, siri dan anime yang akan tersedia di Netflix bulan September ini!
Spider-Man: Into the Spider-Verse – 1 September

Digigit labah-labah radioaktif di subway, Miles Morales tiba-tiba mendapat kuasa misteri yang mengubahnya menjadi Spider-Man. Apabila dia bertemu dengan Peter Parker, dia menyedari bahawa terdapat ramai lagi yang berkongsi bakat istimewanya. Miles kini mesti menggunakan kemahiran barunya untuk melawan Kingpin yang jahat, seorang lelaki gila besar yang boleh membuka portal ke alam semesta lain dan membawa versi Spider-Man yang berbeza ke dunianya.
Gamera -Rebirth- – 7 September
Musim panas 1989, Boko, Joe dan Junichi kini merasai cuti musim panas terakhir mereka sebagai murid sekolah rendah. Brody, anak lelaki kepada komander tentera US, tiba-tiba muncul yang mencuri duit yang mereka simpan. Marah dengan perbuatan itu, mereka telah merancang untuk mendapatkan kembali wang mereka, tetapi baru sahaja merekan ingin melakukannya, kaiju Gyaos muncuk dan menyerang Tokyo. Terkejut dengan kehadiran Gyaos, muncul satu lagi kaiju bernama Gamera. Dan kini “Musim panas Kaiju” mereka bermula. Satu per satu kaiju muncul, tetapi Gamera telah berjuang walaupun penuh dengan luka. Mereka kini menyaksikan satu legenda.
Once Upon a Crime – 14 September
Once Upon a Crime mengikuti kisah Little Red Riding Hood yang mengambil peranan sebagai detektif untuk menyelesaikan kes menarik “Cinderella.” Novel misteri yang menawan ini telah mendapat pujian tinggi dan dicalonkan untuk “Japan Booksellers’ Award” yang berprestij. Plotnya adalah imaginatif, dengan Red Riding Hood sebagai protagonis yang berani dalam misi untuk mendedahkan punca jenayah yang berlatar belakangkan dunia dongeng yang mempesonakan.
Castlevania: Nocturne – 28 September
Perancis, 1792 – kemuncak Revolusi Perancis. Di bahagian terpencil di barat Perancis, golongan bangsawan kontra-revolusioner telah menjalin pakatan dengan Vampire Messiah yang menakutkan, yang berjanji untuk ‘eat the sun’ dan melepaskan tentera vampire dan makhluk malam untuk menghancurkan revolusi dan memperhambakan manusia. Annette, seorang ahli sihir dari Caribbean, mencari Richter Belmont, keturunan terakhir dari keluarga pemburu vampire yang telah lama diceritakan, untuk mengetuai penentangan.
Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk September 2023 di bawah:
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post