Korang mesti pernah tengok Thomas and Friends di TV dahulu kan? Cuba korang bayangkan macam mana kalau Thomas kena rasuk kemudiannya berubah menjadi sesuatu yang menakutkan. Mesti akan jadi macam game baru daripada Two Star Games iaitu Choo-Choo Charles.

Game ini bergenre survival horror open-world di mana korang akan diburu oleh raksasa kereta api berkaki labah-labah dan bermuka badut. Hanya dengan menggunakan kereta lama, korang perlu menjelajah di pulau tersebut untuk mengumpul material dan menyelesaikan quest agar dapat memperoleh senjata untuk mengalahkan Charles.
Pelbagai jenis senjata boleh dipakai seperti senapang, flamethrower, bom dan banyak lagi untuk mengalahkan kereta api Charles. Selain itu, korang boleh berjalan-jalan di pulau tersebut tetapi harus berhati-hati dengan manusia bertopengkan badut.
Game ini dapat dihabiskan dalam masa lebih kurang tiga hingga lima jam sahaja, bergantung dengan kepantasan korang dalam menyelesaikan quest. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana game indie memang sebuah game simple dan straightforward dan boleh dihabiskan dalam masa yang singkat.

Kalau korang nak tahu, game ini dibangunkan secara solo oleh Gavin Eisenbeisz dengan menggunakan software Unreal Engine dan dia amat berpengalaman dalam membuat game indie selama 10 tahun. Ketika dalam proses membuat game ini, dia telah memuat naik segala update di akaun youtube Two Star setiap bulan.
Choo-Choo Charles akan dikeluarkan pada 9 Disember ini dan hanya untuk PC sahaja setakat ini. Untuk PS5 dan Xbox Series masih lagi tiada apa-apa berita.
Kalau korang inginkan berita tentang game, anime dan banyak lagi, boleh ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post