Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom kenali lebih dengan senjata Operator Skill didalam Call of Duty: Mobile!

Dan kegemaran anda adalah ??

Nyny.A by Nyny.A
November 20, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Jom kenali lebih dengan senjata Operator Skill didalam Call of Duty: Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Loadout didalam Call of Duty: Mobile sudah pastinya tidak akan lengkap tanpa senjata Operator Skill. Segala senjata yang mempunyai kelebihan tersendiri yang pasti akan mengubah arus pertempuran! Ketika perlawanan ‘Multiplayer’ (MP), senjata Operator Skill hanya boleh digunakan bila tiba masanya terutama apabila melengkapkan objektif dalam permainan dan boleh dilihat dibahagian kanan skrin. Sudah tiba masanya, boleh la tap dan menggunakanya.

Yang paling menarik kesemuanya memang senang menumbangkan pihak lawan! Nak dapatkanya senang, paling penting anda naikkan level askar anda, anda  akan mendapat akses kepada Lima Operator Skill , yang menawarkan pelbagai alat yang berkuasa yang sesuai dengan pelbagai gaya permainan. Tambahan pula, melalui satu acara baru-baru ini, Operator Skill keenam menjadi tersedia untuk semua pemain mendapatkan.

Jadi tanpa berlengah masa, jom kenali kesemua Operator Skill yang ada untuk kita pilih sebagai Loadout dalam mod MP!

Purifier

Sumber Gambar: COD Mobile

Sebuah senjata ‘Flamethrower’ yang hembuskan aliran api dalam jarak dekat, dan pihak lawan bersedialah terima kepanasan api! Apabila diaktifkan, askar anda akan mencambuk pemateri flamethrower ini; tahan butang api dan melepaskan gelombang haba yang akan membakar musuh hingga menjadi garing.

Seperti yang terperinci dalam penerangan permainan Purifier, kehebatan utama flamethrower adalah tembakan jarak pendeknya. Berharap untuk melakukan banyak kerosakan apabila dekat dengan musuh, tetapi kalau jarak jauh memang akan hanya menjadi harapan.

Sumber: Metauser

Jadi, lebih senang jika anda nak menggunakan Purufier di kawasan yang sempit didalam peta, jadi tidaklah rugi hembusan api anda itu!

Scythe

Sumber Gambar: COD Mobile

Minigun yang boleh dipegang yang perlahan meningkatkan ketepatan dari masa ke masa. Minigun ini menembak dengan cepat dan liar pada mulanya, kemudian terus menerus peluru ke peluru menghembus dengan ketepatan yang lebih besar dari masa ke masa.

Seperti Operator Skill yang lain, Scythe lebih baik digunakan apabila menentang ramai musuh. Senjata biasa biasanya mendapat satu atau dua kill dalam satu larian sebelum ditambah semula peluru, jadi dengan mini-gun ini, anda nak naik gila menggunakanya dan serang terus satu pasukan lawan pun tidak menjadi masalah!

Jadi, pastikan anda hanya tap untuk menggunakanya apabila nampak jarak musuh berdekatan didalam peta anda. Jika tidak, anda akan merasa rugi kerana tidak dapat menggunakan Scythe dalam waktu yang lama, kerana sememangnya waktu penggunaan Scythe agak laju dari yang lain.

War Machine

Sumber Gambar: COD Mobile

Pelancaran bom tangan secara automatik dengan muatan yang dahsyat! Anda suka letupkan muka pihak lawan? Tersangatlah berguna untuk anda menggunakan War Machine! Si gergasi yang boleh dibawa ini, mleancarkan laju bom kepada pihak musuh, dekat sedikit sahaja musuh, pasti kecundang dengan tembakan yang meletup ini.

Memang memuaskan bila dapat menggunakanya apabila satu pasukan musuh berada dihadapan kita! Satu lagi cara nak gunakan War Machine ini, aim kan tembakan anda kearah objek yang boleh meletup seperti kereta  atau tong flammable yang berdekatan dengan pihak musuh. Jangan tanya kenapa letupan anda memang berbaloi lah jika terkena musuh!

Sumber: COD wiki

Terkena bom ini sudah pastinya dimbang kekalahan, tetapi hati-hati dengan musuh yang memakai Blast Vest kerana mereka mendapat sedikit perlindungan terhadap bom ini. Ingatlah ini apabila menggunakan War Machine dan bersedia menggunakan beberapa bom tambahan pada musuh yang memakai Vest Blast.

Tempest

Sumber Gambar: COD Mobile

Tahan butang tembakan untuk membina kuasa dan menghantar serangan kilat elektrik pada sasaran! Gunakan Tempest dalam loadout anda dan kihat musuh pastinya akan kejung terkena tembakan elektrik yang mengejutkan ini!

Kekuatan utama Tempest adalah keupayaannya untuk mengubah seluruh pasukan musuh menjadi arus elektrik yang besar. Apabila bolt kilat menghentam musuh, musuh dalam beberapa kaki juga akan digugurkan ketika dalam perjalanan semasa ke musuh lain jika berada dalam jarak dekat.

Sumber:GHOST976 HD

Ketika menggunakan Tempest, pastikan kuasa anda terbina dahulu sebelum melepaskanya! Jika tidak, sia-sia anda ditembak musuh dahulu sebelum melepaskan tembakan! Jangan membazirkan Tempest anda sebegitu sahaja, pastikan anda berada di jarak jauh sedikit untuk mendapatkan sasaran yang tepat kepada musuh! Senang sahaja, arahkan Tempest pada mush, keluar tanda sasaran warna merah baru tembak.

Ingat selalu, Tempest memakan masa untuk meningkatkan kuasa semula! Tetapi kalau dah dapat mangsa, memang seronok menggunakanya!

Transform Shield

Sumber Gambar: COD Mobile

Meletakkan perisai ubah bentuk! Bukan seperti senjata Operative Skill yang loain, tetapi Transform Shield bersinar sebagai alat perlindungan yang berguna! Transform Shield adalah mudah alih, dimana pasti berguna kepada askar yang pandai menggunakan taktiknya!

Nak guna Transform Shield paling sesuai jika anda gunakan di kawasan perjalanan ke pintu, lorong kecil atau jalan masuk kawasan pintas. Tunggu musuh berhamoiran, buka dan ada efek flash akan membutakan mata musuh seketika dan itulah waktu anda untuk menumpaskan musuh! Tak lepas nak bunuh sebab musuh tidak duduk diam, berlindung di sebalik Transform Shield, musuh pasti tergendala perjalanan nya, dan tembaklah musuh anda ketika itu!

Satu lagi strategi yang perlu dipertimbangkan ialah menggunakanya dalam pertempuran yang tengah hangat kerana masa perlindungan adalah terhad. Walaupun Transform Shield mungkin tidak sehebat senjata lain yang boleh menembak musuh, ia masih merupakan Operator Skill untuk dipertimbangkan kerana ia dapat mengubah struktur dan aliran keseluruhan peta.

Sparrow

Sumber Gambar: COD Mobile

Letupan makin besar apabila menarik Sparrow lebih ama sebelum dilepaskan! Siapa kata panah dan anak panah hanyalah senjata sejarah purbakala? Sparrow lah antara Operator Skill yang menarik untuk digunakan! Bersedia sahaja untuk memburu musuh anda dan pasti mereka diambang maut jika terserempak dengan anda!

Sebaik sahaja diaktifkan, tap sekali sahaja butang tembakan, anak panah anda akan dihala kejarak yang dekat. Jika anda tap lama sedikit butang tembakan, anak panah anda akan menembak ke arah jauh sedikit dan menembak dengan lebih kelajuan dan kerosakan yang tinggi kepada musuh termasuk musuh yang jaraknya lebih jauh.

Walau bagaimanapun, tembakan jarak dekat juga penting jika nak menumpaskan beberapa musuh sekaligus. Akhirnya, anda tembak sahaja mana-mana lokasi janji ada musuh disitu, setiap tembakan yang meletup sudah tentu akan menjatuhkan musuh yang berdekatan juga!

Jadi sampai disitu sahajalah, sebab buat masa ini hanya ada 6 Operator Skill didalam mod MP didalam Call of Duty: Mobile. Kita nantikan kemungkinan besar ada lagi senjata dengan kebolehan yang kuat akan datang di permaianan ini. Tapi untuk masa sekarang ini, jom bergembira bersama rakan-rakan anda memilih Operator Skill yang terbaik dalam permainan anda di MP!

Muat turun di sini
Call of Duty: Mobile
Publisher: Activision
Developer: Garena
Release Date: 2019-10-01
Announce Date: 2019-10-01
Android, iOS
Bersedia dengan permainan yang mendebarkan, bermain Call of Duty® Mobile di mana sahaja anda berada. Merentas beberapa mod permainan apabila anda terlibat dalam pertempuran  melalui peta kegemaran seperti Nuketown dan Crash, semuanya dioptimumkan untuk mudah alih.
 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle royaleCall of duty mobileCOD MobileCod Mobile Operator SkillOperator Skill
Previous Post

6 FAKTA tentang Jigen! Antagonis terbaru siri Boruto!

Next Post

EA membawa kandungan percuma  EA SPORTS FIFA 20 – CONMEBOL Libertadores pada Mac 2020

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
EA membawa kandungan percuma  EA SPORTS FIFA 20 – CONMEBOL Libertadores pada Mac 2020

EA membawa kandungan percuma  EA SPORTS FIFA 20 - CONMEBOL Libertadores pada Mac 2020

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd