Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom cuba nubia Neo 5G di acara ZTE Fan Experience kami Di H Space, Bandar Utama! Hadiah & Lucky Draw menanti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2023 - Updated on September 30, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Jom cuba nubia Neo 5G di acara ZTE Fan Experience kami Di H Space, Bandar Utama! Hadiah & Lucky Draw menanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda mencari smartphone gaming berkualiti yang mesra bajet? Adakah anda memerlukan smartphone yang tahan lama dan berprestasi tinggi? Di sini, saya menyeru semua warganegara Malaysia untuk sertai ZTE Fan Experience bagi mencuba nubia Neo 5G, peranti terkini oleh ZTE – secara PERCUMA!

Khususnya, kami di Gamer Santai akan menganjurkan acara ZTE Fan Experience istimewa untuk smartphone gaming mesra bajet, nubia Neo 5G selama dua hari pada 7 dan 8 Oktober. Kemasukan adalah PERCUMA dan anda dialu-alukan datang untuk memeriahkan acara!

Pertama sekali, peserta boleh menguji kemampuan nubia Neo 5G, yang dilengkapi dengan paparan 6.6″ FHD 1080×2408 120Hz, 8GB RAM + 10GB RAM maya, storan sebanyak 256GB, cipset UNISOC T820 dan bateri 4500mAh dengan fast charging 22.5W. Adakah ia hebat seperti yang disangkakan? Anda boleh datang dan cuba sendiri!

Kedua, nubia menawarkan peluang kepada pengunjung untuk memenangi smartphone ini menerusi Lucky Draw istimewa! Bukan setakat mencuba sahaja, peserta bertuah mungkin akan membawa pulang satu unit! Anda hanya perlu menyelesaikan cabaran yang diberi untuk serta-merta melayakkan diri! Andai kata tidak menang, itu tidak mengapa kerana setiap pengunjung masih akan menerima “door gift” istimewa, penuh dengan hadiah menarik.

Akhir sekali, ZTE akan menyediakan pelbagai hadiah dan aktiviti menarik untuk peserta mengalami nubia Neo 5G sepenuhnya! Makanan tengahari hari turut disediakan, jadi pengunjung tidak perlu risau jika perut lapar!

Apa yang anda perlu lakukan untuk sertai nubia Neo 5G Fan Experience? Baca di bawah untuk mengetahui lebih lanjut

Bersama dengan kerjasama Gamerbraves, nubia Neo 5G Fan Experience akan berlangsung pada 7 Oktober (Sabtu) dan 8 Oktober (Ahad) selama dua hari di H Space Bandar Utama, Petaling Jaya. Penyertaan adalah PERCUMA dan anda boleh tempah satu slot untuk mana-mana hari.

Isi butiran acara

  • Lokasi: H Space Bandar Utama, Level 18.02, KPMG Tower, 8, First Ave, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Tarikh: Sabtu, 7 Oktober 2023 (Acara Bahasa Inggeris) & Ahad 8 Oktober 2023 (Acara Bahasa Melayu)
  • Masa: 12:00 PM – 2:30PM

Cara-cara sertai

Seperti saya kata tadi, nubia Neo 5G Fan Experience adalah percuma untuk masuk dan peserta yang berminat perlu daftar melalui Google Form di bawah:

  • Hari pertama (7 Oktober 2023, Acara Bahasa Inggeris)
  • Hari kedua (8 Oktober 2023 , Acara Bahasa Melayu)

Terma & Syarat

  • Peserta hanya boleh mendaftar untuk salah satu hari daripada acara dua hari ini.
  • Pendaftaran dilakukan secara “first come first serve”.
  • Kami mempunyai hak untuk menukar terma dan syarat.

nubia Neo 5G merupakan smartphone gaming mesra bajet terbaru di Malaysia dengan paparan ultra-smooth 6.6 inci, FHD 1080×2408 120Hz, 8GB RAM + 10GB RAM maya, storan sebanyak 256GB, dan cipset UNISOC T820 untuk visual dan prestasi yang lancar dan mengasyikkan. Dengan ciri seperti ini, ia membolehkan pemain menikmati game kegemaran tanpa sebarang lag atau kelewatan. Peranti ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas 22.5W dan bateri 4500mAh, bagi sesi gaming lanjutan tanpa gangguan.

Bagi mereka yang berminat, nubia Neo 5G kini dijual pada harga RM899 melalui pautan ini: https://bit.ly/3pEf3W9

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaralucky drawNubia Neo 5G
ShareTweetSend
Previous Post

Rumusan HoYoverse di TGS 2023: Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Honkai Impact 3rd & banyak lagi!

Next Post

Menunggu Lama semasa Matchmaking, PAYDAY 3 Menerima Lebih daripada 19,000 Review Negatif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Menunggu Lama semasa Matchmaking, PAYDAY 3 Menerima Lebih daripada 19,000 Review Negatif!

Menunggu Lama semasa Matchmaking, PAYDAY 3 Menerima Lebih daripada 19,000 Review Negatif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd