Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan Gundam Battle Operation Code Fairy , game konsol terbaru untuk universe Mobile Suit Gundam. Game ini sudah berada secara digital untuk PlayStation 4 dan 5 pada 5 November 2021. Mobile Suit Gundam: Battle Operation Code Fairy akan tersedia dalam tiga jilid, yang boleh dibeli sama ada dalam edisi Standard (RM 199.00) dan edisi Deluxe (RM 279.00), atau secara berasingan. Jilid 1 sudah tersedia pada 5 November (RM 79.00), diikuti oleh Jilid 2 pada 19 November dan Jilid 3 pada 3 Disember.

Konsep Code Fairy berlaku di Amerika Utara semasa “Perang Setahun” di Universal Century 0079. Ia akan memberi tumpuan kepada Noisy Fairy, sebuah unit yang terdiri daripada askar Zeon wanita di bawah kawalan Kycillia Zabi. Pemain akan diberi watak protagonis Alma, yang memandu Mobile Suit dan mengetuai skuadnya semasa menjalankan misi daripada pihak atasan. Semasa “Perang Setahun”, unit itu bergelut untuk menembusi benua Amerika Utara. Watak Alma, telah direka oleh Masayoshi Tanaka of Your Name dan Darling in the Franxx fame.

Sistem permainan Code Fairy akan berdasarkan Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2, online game yang boleh didapati secara percuma. Game ini menampilkan aksi terbaik MOBILE SUIT GUNDAM BATTLE OPERATION 2 sambil memberikan cerita sampingan yang mendalam dan meluas untuk peminat dan pendatang baru. Bandai Namco juga akan menyediakan bonus ganjaran untuk pemain yang bermain Code Fairy dan Battle Operation 2. Tambahan pula, mereka yang telah bermain cukup jauh dalam Battle Operation 2 boleh membuka misi baharu dalam Code Fairy. Pemain offline yang telah menyelesaikan misi akan unlock set eksklusif Mobile suit.

Siri Gundam dilihat semakin meningkat- seperti dengan menyediakn banyak game terbaru seperti Gundam Evolution yang boleh didapati secara percuma, serta Super Robot Wars 30, yang menampilkan berbilang watak seperti Amuro Ray dan Char Aznable.
Untuk segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post