Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JoJo’s Bizarre Adventure Part 9: JOJOLands akan bermula Februari 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
JoJo’s Bizarre Adventure Part 9: JOJOLands akan bermula Februari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat JoJo’s Bizarre Adventure, saya ada berita gembira kerana manga Part 9: JOJOLands akan mula bersiri pada 17 Februari 2023 di mana Shueisha akan menerbitkan manga dalam majalah Ultra Jump edisi Mac 2023.

Pengumuman ini disiarkan dalam JOJO Magazine 2022 WINTER, tetapi malangnya, pihak produksi tidak mendedahkan info lanjut. Buat masa ini, butiran lengkap tentang Part 9 masih tidak diberitahu tetapi kami tahu manga kali ini adalah kesinambungan kepada Part 7: Steel Ball Run dan Part 8: JoJolion.

Baru-baru ini, pencipta manga Hirohiko menghadiri temu ramah bersama Kono Mystery ga Sugoi di mana dia mengusik bahawa Part 9 akan menampilkan keturunan Joseph Joestar. Bagi mereka yang tidak kenal siapakah watak ini, Joseph muncul dalam dua bab terakhir JoJolion secara flashback dan menurut Araki, dia adalah petunjuk besar kepada sambungan Part 9.

JOJOLands pertama kali diumumkan dalam bab terakhir JoJolion melalui panel mesej oleh Hirohiko Araki pada 19 Ogos 2021 dalam Ultra Jump edisi September 2021.

Memandangkan sudah setahun lebih sejak JoJolion ditamatkan, ini merupakan hiatus/”rehat” paling lama pernah diambil oleh Araki untuk siri JoJo. Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya masih sibuk bekerja dan telah melukis beberapa ilustrasi untuk majalah JOJO, serta tiga bab untuk manga Thus Spoke Kishibe Rohan.

Bagi mereka yang tidak pernah baca atau tonton JoJo’s Bizarre Adventure, korang boleh menonton anime-nya di Netflix. Setiap bahagian bermula daripada 1 hingga 7 sudah diadaptasikan ke anime jadi korang nak tonton pun tiada masalah. Mudah-mudahan, Steel Ball Run dan JoJolion juga akan menerima adaptasi dalam masa terdekat.

Untuk membaca segala liputan kami tentang JoJo termasuk interview bersama Fairouz Ai (pelakon suara Jolyne), sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JoJo’s Bizarre AdventureJOJOLandsmanga
Previous Post

[Review] PGA Tour 2K23 – Game sukan golf yang mesra beginner!

Next Post

[Review] iQOO 11 5G- Phone flagship serba lengkap, senjata hebat untuk para gamer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
[Review] iQOO 11 5G- Phone flagship serba lengkap, senjata hebat untuk para gamer!

[Review] iQOO 11 5G- Phone flagship serba lengkap, senjata hebat untuk para gamer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd