Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JoJo’s Bizarre Adventure Part 9 dalam rancangan, protagonis keturunan Joseph Joestar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
JoJo’s Bizarre Adventure Part 9 dalam rancangan, protagonis keturunan Joseph Joestar!
Share on FacebookShare on Twitter

JoJo’s Bizarre Adventure sekarang sedang trending di seluruh dunia kerana tayangan episod terakhir Stone Ocean (Part 6) yang menceritakan kesimpulan kisah Jolyne Cujoh. Namun pada masa yang sama, siapa sangka manga pun mendapat perhatian selepas satu temu ramah bersama pencipta Hirohiko Araki mengesahkan bahawa JoJo’s Bizarre Adventure Part 9 juga sedang dalam rancangan.

Hirohiko Araki

Info berikut asalnya dilaporkan oleh Kono Mystery ga Sugoi. Di situ, Araki menjelaskan (secara samar -samar) mengenai projek JoJo yang seterusnya. Dia mengakui bahawa mereka ada banyak rancangan besar untuk Thus Spoke Kishibe Rohan, tetapi kini terlalu sibuk memikirkan/menghasilkan protagonis JoJo’s Bizarre Adventure Part 9.

Menurut Araki, protagonis Part 9 adalah keturunan Joseph Joestar (juga dikenali sebagai Fumi) yang muncul di Part 8 – JoJolion, khususnya semasa “The Radio Gaga Incident” Story Arc. Kita tahu bahawa Joseph adalah cucu kepada Johnny Joestar + Rina Higashikata dan anak kepada George Joestar III + Elizabeth Joestar tetapi itu sahaja yang diumumkan.

Joesph Joestar – JoJolion

Ultra Jump asalnya membuat pengumuman bahawa manga akan kembali pada September 2021, tetapi sejak itu, tiada apa-apa info baru yang diumumkan. Selain daripada apa yang saya kata di atas, kita juga tahu bahawa Araki mengelar Part 9 sebagai ‘Jojolands’ tetapi itu pun hanya nama tentatif.

Pengumuman JoJolands

Adakah mereka akan membuat pengumuman besar tidak lama lagi? “Wait and see” sahaja lah kita mampu.

Sekiranya anda tidak tahu tentang JoJo’s Bizarre Adventure, anda boleh menonton anime-nya di Netflix. Setiap bahagian bermula daripada 1 hingga 7 sudah diadaptasikan ke anime jadi korang nak tonton pun tiada masalah. Mudah-mudahan, Steel Ball Run dan JoJolion juga akan menerima adaptasi dalam masa terdekat.

Untuk membaca segala liputan kami tentang JoJo termasuk interview bersama Fairouz Ai (pelakon suara Jolyne), sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JoJo's Bizarre Adventure Part 9Joseph Joestarmanga
Previous Post

Hadir ke Booth Genshin Impact x Black Shark di Comic Fiesta 2022! Pelbagai Hadiah Menarik Menanti!

Next Post

[Giveaway] Komen Untuk Peluang Menangi Merch Eksklusif Netflix! Ada Alice in Borderland, JoJo dan Gudetama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
[Giveaway] Komen Untuk Peluang Menangi Merch Eksklusif Netflix! Ada Alice in Borderland, JoJo dan Gudetama!

[Giveaway] Komen Untuk Peluang Menangi Merch Eksklusif Netflix! Ada Alice in Borderland, JoJo dan Gudetama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd