gumi secara rasmi telah memperkenalkan JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive, sebuah judul RPG taktikal percuma untuk dimainkan di platform Android dan iOS, yang bakal dilancarkan di Jepun pada 25 September 2025.
Bersama pengumuman ini, sebuah trailer turut didedahkan, mendedahkan watak, gameplay, dan pelbagai ciri menarik dalam game ini.
Game ini diadaptasi daripada enam bahagian awal siri JoJo’s Bizarre Adventure iaitu Phantom Blood, Battle Tendency, Stardust Crusaders, Diamond is Unbreakable, Vento Aureo (Golden Wind), dan Stone Ocean.
Pemain berpeluang mengawal watak-watak ikonik dengan kuasa Ripple (Hamon) dan Stand dalam format RPG strategi grid dengan pandangan isometrik dari atas. Ia menjanjikan aksi pertarungan yang bertenaga serta grafik bergaya tinggi yang menyerlahkan identiti seni khas siri ini.
Tersedia juga mod combat automatik untuk memudahkan akses kepada pemain baru.

Dalam JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive, pemain boleh membina pasukan tersendiri yang menggabungkan watak-watak protagonis mahupun antagonis daripada dunia JoJo.
Mod Story membolehkan pemain mengimbas kembali detik-detik terkenal dalam siri anime, dengan sokongan kandungan tambahan seperti ensiklopedia dalam game dan carta hubungan untuk memahami kaitan antara watak.
Kad sokongan (Assist Cards), yang memaparkan watak dan adegan daripada anime, turut boleh digunakan untuk memperkayakan lagi pengalaman bermain.

Game ini dibangunkan oleh gumi, yang sebelum ini dikenali melalui tajuk-tajuk seperti Final Fantasy Brave Exvius dan War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius. Walaupun Ora Ora Overdrive telah menarik perhatian ramai, terdapat juga keraguan dalam kalangan peminat.
Berdasarkan rekod gumi yang sering melancarkan game di peringkat global hanya apabila disokong oleh jenama besar seperti Final Fantasy, masih belum dipastikan sama ada game ini akan dilancarkan di luar Jepun. Kebimbangan turut timbul tentang kemungkinan ia kekal eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post