JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle merupakan fighting game yang dikeluarkan secara ekslusif untuk PS3 pada tahun 2013. Ia merupakan game yang berdasarkan siri manga dan anime popular oleh Araki Hirohiko dengan tajuk yang sama. Nampaknya, kini ianya akan tersedia kembali dalam versi remaster pada tahun ini untuk PS5, PS4, PC melalui Steam, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch.
Versi remaster ini akan menambah baik grafik malah mempunyai 50 watak yang boleh dimainkan berbanding 10 watak pada versi original. Pemain boleh mengalami pertempuran popular dari setiap cerita dan melihat watak dari universe yang berbeza berinteraksi buat kali pertama, bermain sebagai Jonathan Joestar, DIO, Jotaro Kujo, Jolyne Cujoh dan ramai lagi .

Gaya lukisan Araki inilah yang membezakan JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R daripada fighting game yang lain. Gayanya menonjol dalam watak, cerita dan membuat mereka semua berkumpul dalam pertempuran yang sangat menyeronokkan dan pantas. Sememangnya servis terbaik untuk peminat JoJo. Ia juga akan menarik minat peminat fighting game lain dengan senarai watak yang mantap dilengkapi dengan gerakan khas sendiri, pilihan penyesuaian serta enam mod game yang berbeza untuk semua pemain. Tidak kiralah anda baru berjinak atau veteran dalam fighting game.

JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R terdiri daripada All Star Battle Mode, Arcade Mode, Online Mode, Versus Mode, Practice Mode dan Gallery Mode. Mod utama, All Star Battle Mode, menampilkan bukan sahaja pertembungan antara watak daripada game original, tetapi juga pertempuran baharu yang unik kepada All Star Battle R. Anda boleh bermain melalui lebih 100 pertempuran dengan pelbagai tetapan dan syarat. Mod ini juga menawarkan skin khas untuk watak dan ilustrasi unik yang boleh dinikmati dalam mod galeri.

Reka bentuk gameplay JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R menyegarkan semula pengalaman dengan pelarasan pada tempo pertarungan dan penambahan hit stop dan jump dash. Dengan rakaman audio baharu daripada pelakon suara anime Stone Ocean, suasana penuh siri animasi itu direalisasikan. Kedua-dua peminat yang telah bermain All Star Battle original dan pemain baru akan dapat menikmati pengalaman itu.
Sumber: Bandai Namco Ent
@gamersantaimy
Discussion about this post