Berita baik untuk peminat Naruto dan Boruto! Anda kini boleh mendapatkan NARUTO TO BORUTO: SHINOBI STRIKER dengan 90% diskaun! Game tersebut kini tersedia pada harga RM18 untuk edisi biasa dan RM30 bagi edisi Deluxe. NARUTO TO BORUTO: SHINOBI STRIKER dibangunkan oleh studio Soleil dan diterbitkan Bandai Namco pada Ogos 2018. Tawaran hebat ini akan tamat tepat jam 12 malam ini!
Naruto to Boruto: Shinobi Striker merupakan game online multiplayer yang tersedia di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Pemain akan bertanding dalam pertarungan 4v4, dengan semua lapan pemain dan dibolehkan membuat watak mereka sendiri. Garis masa game ini berlaku ketika Naruto menjadi Hokage Ketujuh dan Konohagakure menjadi tuan rumah untuk Peperiksaan Chunin. Walaupun sebahagian besar game ini melibatkan online gameplay, tetapi pemain masih boleh bermain menyelesaikan misi di mod single-player.
Dari segi gameplay, pemain dapat bertanding dalam multiplayer seperti Barrier, Base, Combat dan Flag Battle yang akan bergantung pada kerja berpasukan dan kemahiran. Pertarungan Survival pula menguji kemampuan pemain sebagai individu dalam Free For All, dan dapat bekerjasama menghadapi musuh AI seperti Tailed-Beast di mod Sub-Mission Mode. Watak asal akan berfungsi sebagai mentor kepada pemain dan mengajar jutsu serta melengkapkan senjata untuk digunakan dalam pertempuran.

Tawaran diskaun untuk Naruto to Boruto: Shinobi Striker sudah pun bermula, dan akan berakhir tepat jam 12 malam ini! Disini saya ada sediakan pautan untuk membawa anda terus ke game tersebut. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan game ini di Steam SEKARANG!

@gamersantaimy
Discussion about this post