The Yakuza’s Guide to Babysitting secara rasmi akan mendapat adaptasi TV anime, seperti yang diumumkan oleh penciptanya Tsukiya di Twitter. Awalnya dilancarkan di laman pixiv Comic Ride, siri manga seorang Yakuza yang Babysitter ini telah melonjak popularitinya sejak berpindah ke Comic Elmo.
Sama seperti Way of the Househusband, The Yakuza’s Guide to Babysitting menempatkan seorang anggota Yakuza yang lasak ke dalam situasi yang tidak mungkin memerlukan bahagian lembutnya terserlah. Buat masa ini, studio masih tidak memberitahu bila siri ini akan ditayangkan atau dimana akan ditayangkan.
Sedikit sinopsis mengenai anime ini:

“Kirishima Tooru adalah orang kanan keluarga Sakuragi yang banyak jenayah,” diskripsi rasmi manga. “Baginya, pekerjaan itu adalah alasan yang tepat untuk membiarkan naluri kekerasannya menjadi liar, sehingga dia mendapat nama samaran “Demon of Sakuragi “. Nampaknya tidak ada yang akan menghalangi sifat jahatnya. Tetapi pada suatu hari, dia menerima tugas seperti yang belum pernah dilakukan oleh bos-bos yakuza lain, iaitu… menjaga anak perempuannya! Ini adalah kisah yang membuat hati anda cair (atau adakah darah yang mengalir tu?) Tentang seorang budak perempuan kecil dan penjaga yakuza! “
Rasa tidak sabar lah pulak nak tengok anime ni! Bukan itu sahaja, jilid keenam manga akan segera dilancarkan di Jepun, dan baru-baru ini, siri ini mula mendapat pelepasan ke Barat dengan jilid kedua dilancarkan secara digital pada bulan Jun. Juga Edisi terhad dengan buku ilustrasi juga dijual pada masa yang sama! The Yakuza’s Guide to Babysitting ini nampaknya telah mengeluarkan edisi terhad buku ilustrasinya melalui laman web Micro Magazine JP. Harganya termasuk cukai dalam lingkungan RM69.00 dan dijadualkan pelancarannya pada 10 September ini.

Edisi khas ini akan menampilkan 32 halaman ilustrasi dan potongan watak yang dilukis dengan mewah untuk barang rasmi, serta pelbagai ilustrasi peringatan yang diterbitkan di Twitter penulis dalam jilid ke-6 dari manga komedi yang terkenal ” The Yakuza’s Guide to Babysitting” ini. Manga juga disertakan! Ilustrasi sampul adalah spesifikasi sampul khas yang dilukis untuk edisi terhad! Anda dapat melihat perbezaan dari versi biasa.
Jangan risau, kalau ada dah tarikh rasmi pelancaran anime ini kami akan kongsikan! Paling penting, tak sabar tengok si Yakuza ni jadi babysitter kan!
Sumber: Anime News Network
@gamersantaimy
Discussion about this post