Jewel Changi Airport kini berubah menjadi destinasi impian para gamer dengan kembalinya kedai pop-up Nintendo dan pelancaran art installation bertema Mario Kart yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Bermula sekarang hingga 24 Julai, para pengunjung berpeluang menyelami dunia Super Mario, berlumba dalam paparan interaktif, dan mendapatkan barangan eksklusif Nintendo.
Kedai Pop-Up Nintendo Kembali dengan Pelbagai Barangan Eksklusif

Selepas sambutan hangat pada tahun 2023, kedai pop-up Nintendo kini kembali ke Jewel Changi Airport dengan lebih 500 produk—termasuk lebih 150 item baharu dan eksklusif yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini. Sebagai satu-satunya lokasi di luar Jepun yang menawarkan pilihan ini, kedai ini menampilkan koleksi daripada francais terkenal seperti Super Mario, Animal Crossing, The Legend of Zelda, Splatoon, dan Pikmin. Antara yang paling dinanti ialah baju-T edisi khas sempena pembukaan kedai kali ini.
Terletak di Aras 4, kedai ini dibuka setiap hari hingga 24 Julai, menampilkan pelbagai koleksi pakaian, aksesori, dan cenderahati berinspirasikan tajuk ikonik Nintendo.
Mario Kart Jewel Circuit Challenge

Berinspirasikan litar ikonik Rainbow Road daripada Mario Kart 8, Mario Kart Jewel Circuit Challenge membawakan elemen game ke dunia sebenar, merentasi landskap Forest Valley dan Rain Vortex. Mulai sekarang hingga 24 Julai, pengunjung boleh menikmati art installation interaktif menampilkan watak-watak seperti Mario, Luigi dan rakan-rakan mereka dari dunia perlumbaan kart.
Sorotan utama installation ini ialah struktur berukuran 5 meter x 4 meter yang dipasang di pintu masuk Forest Valley, menjadikannya salah satu paparan terbesar pernah dipasang di Jewel. Dengan pancaran lampu ceria dan runut bunyi rasmi Mario Kart, installation ini membawa suasana game ke dunia nyata. Terdapat juga patung Pisang gergasi setinggi 1.3 meter—satu penghormatan lucu kepada halangan klasik dalam game tersebut.

Stamp Rally dan Gachapon
Untuk menjadikan lawatan lebih menarik, pengunjung boleh menyertai Mario Kart Jewel Circuit Challenge Stamp Rally. Dengan melengkapkan koleksi enam setem unik yang tersebar di Aras 1 hingga 5, peserta boleh menebus pek pelekat eksklusif Mario Kart. Setiap pek ‘blind-box’ mengandungi satu pelekat watak rawak daripada empat pilihan, serta tiga pelekat power-up daripada lima jenis.
Mesin Gachapon yang menjanjikan hadiah setiap kali mencuba juga tersedia berhampiran kaunter Concierge di Aras 1. Pelanggan yang berbelanja minimum S$80 dalam satu resit di mana-mana kedai terlibat akan menerima satu token Gachapon, dan pengguna Mastercard akan mendapat satu token tambahan. Alternatifnya, token boleh dibeli pada harga S$6 melalui aplikasi Changi. Hadiah termasuk baucar, tiket masuk ke tarikan, diskaun runcit, dan kad hadiah.
Nintendo Photo Challenge
Dari 1 hingga 12 Mei, pengunjung boleh menyertai Nintendo Photo Challenge untuk peluang memenangi token Gachapon secara percuma. Caranya mudah—ambil gambar installation Mario Kart di Forest Valley, muat naik ke media sosial, ikuti akaun rasmi Jewel Changi Airport, dan tunjukkan posting tersebut kepada kakitangan di kaunter Concierge Aras 1.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman rasmi Jewel Changi Airport atau ikuti mereka di media sosial.
@gamersantaimy
Discussion about this post