Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jeremy Renner alami kecederaan parah, dilanggar mesin bajak salji!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 3, 2023
in Artikel, Berita
0 0
0
Jeremy Renner alami kecederaan parah, dilanggar mesin bajak salji!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon Hollywood, Jeremy Renner atau lebih dikenali sebagai Hawkeye, dilaporkan telah dimasukkan ke hospital di Reno, Nevada pada 1 Januari selepas mengalami kemalangan ketika membajak salji. Mengikut laporan terkini, pelakon yang berumur 51 tahun ini berada dalam kritikal tetapi stabil selepas menjalani pembedahan.

Sebelum kemalangan ini terjadi, Jeremy Renner sedang membajak jalan yang dipenuhi dengan salji menggunakan mesin bajak salji. Menurut jirannya, mesin tersebut secara tidak sengaja telah melanggar sebelah kakinya mengakibat pelakon itu kehilangan darah yang banyak. Seorang lagi jiran yang merupakan seorang doktor, berjaya melakukan pertolongan cemas dengan membina tourniquet untuk merawat kaki Renner sehingga pasukan paramedik tiba.

Menurut sumber, pelakon tersebut telah diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital dalam keadaan kritikal dan perlu menjalani pembedahan demi memastikan keselamatannya.

Jeremy Renner berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas berjaya menjalani pembedahan semalam. Dia “mengalami blunt chest trauma dan kecederaan ortopedik” dalam kemalangan tersebut.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas penjagaan rapi mereka, Pasukan Penyelamat dan Bomba Truckee Meadows, Syerif Daerah Washoe, Datuk Bandar Reno Hillary Schieve dan keluarga Carano dan Murdock. Kami juga berasa amat terharu dan menghargai atas curahan kasih sayang dan sokongan daripada peminat”

Ahli keluarga Jeremy Renner

Semoga Jeremy Renner kembali sihat secepat mungkin dan keluarganya kekal kuat menghadapi dugaan ini.

Untuk pengetahuan anda, Jeremy Renner terkenal dengan peranannya dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), muncul dalam pelbagai filem Marvel dan membintangi siri solonya sendiri, iaitu Hawkeye yang dikeluarkan pada November 2021 di Disney+.

Berikut adalah sinopsis siri Hawkeye:

Berlangsung selepas peristiwa Avenger: Endgame, ia adalah waktu untuk menyambut krismas di New York dan Clint Barton mahu meluangkan masa cuti bersama keluarganya. Bagaimanapun, selepas bertemu dengan pemanah muda, Kate Bishop, mereka berdua terjerat dalam misteri pembunuhan bersama perusuh disebalik bandar New York dan ancaman yang lebih besar.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HawkeyeJeremy RennerMarvelmcu
Previous Post

Siri Manga Edens Zero Sah Masuk Final Arc Setelah 2 Tahun Diterbitkan!

Next Post

The Conjuring 4 adalah ‘finale pasangan Warren’, bak kata James Wan

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
The Conjuring 4 adalah ‘finale pasangan Warren’, bak kata James Wan

The Conjuring 4 adalah 'finale pasangan Warren', bak kata James Wan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd