Siri anime/manga popular Jujutsu Kaisen telah mengadakan kolaborasi “eksklusif” bersama jenama “hair spray Cape For Active Series” oleh Kao Corporation, yang dikatakan dapat menahan rambut kita mengikut gaya sendiri untuk tempoh masa yang sangat lama. Dipromosikan secara khusus untuk cosplayer atau pengguna yang ingin gayakan rambut seperti anime, Kao Corporation telah mengeluarkan poster kolaborasi yang menampilkan Yūji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, dan Satoru Gojō sedang memegang produk masing-masing.

Sempena pengumuman “hair spray eksklusif Jujutsu Kaisen”, mereka telah mengadakan kempen giveaway yang merangkumi daripada pelbagai merchandise unik Jujutsu Kaisen bermula 1 Oktober. Malangnya, kempen ini hanya diadakan di negara Jepun sahaja dan tidak tersedia di Malaysia. Untuk netizen tempatan, mungkin korang boleh membuat pembelian menggunakan servis pihak-ketiga.

Bagi mereka yang tidak beberapa tahu tentang siri Jujutsu Kaisen, berikut adalah sinopsis:
Dalam dunia di mana iblis memakan manusia, serpihan kecil dari iblis legenda Ryoma Sukuna hilang dan tersebar di dunia manusia. Sekiranya ada iblis yang memakan bahagian tubuh Sukuna, kekuatan yang diperolehi dapat menghancurkan dunia. Nasib baik, wujudnya sebuah sekolah misteri yang terdiri daripada ahli sihir Jujutsu untuk melindungi manusia dari ancaman alam ghaib!
Yuji Itadori adalah pelajar sekolah menengah yang menghabiskan hari-harinya dengan mengunjungi datuknya. Walaupun kelihatan seperti remaja biasa, kekuatan fizikalnya yang luar biasa adalah sesuatu yang tidak harus dipandang rendah! Setiap kelab sukan mahu dia, tetapi Itadori lebih suka bergaul dengan rakan-rakan di Occult Club. Suatu hari, kelab ini berjaya mendapatkan sejenis objek sumpahan, tetapi mereka tidak tahu keganasan yang bakal melanda mereka ketika mereka memecahkan meterainya…
Pencipta Gege Akutami melancarkan manga Jujutsu Kaisen di majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada bulan Mac 2018. Anda boleh membaca manga ini secara percuma di laman web MANGA Plus.
Anime Jujutsu Kaisen pula membuat tayangan perdana pada 2 Oktober 2020 dan mempunyai sebanyak 24 episod. Selain itu, Jujutsu Kaisen 0 the Movie adalah sebuah filem anime baru untuk francais dan sepatutnya akan ditayangkan pada hujung tahun 2021. Filem ini berdasarkan kisah manga prequel Jujutsu Kaisen 0: Tokyo Prefectural Jujutsu High School yang menceritakan tentang Yuta Okkotsu.
Untuk segala liputan kami tentang Jujutsu Kaisen, sila tekan pautan ini.
Sumber – ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post