Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JDM: Rise of the Scorpion Akan Tersedia Secara Percuma! Prolog Khas Japanese Drift Master!

Maira by Maira
April 8, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, GOG, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
JDM: Rise of the Scorpion Akan Tersedia Secara Percuma! Prolog Khas Japanese Drift Master!
Share on FacebookShare on Twitter

Game lumba JDM: Japanese Drift Master akan mendapat prolog secara percuma pada musim panas 2024 (anggaran Julai – September). Bertajuk JDM: Rise of the Scorpion, anda akan diperkenalkan kepada dunia game JDM, di mana permulaan cerita “Scorpion” didedahkan dengan gaya panel manga. Bertarung, drift dan berlumba di pelbagai jalan dan trek gunung tinggi. Berikut adalah teaser untuk prolog game ini.

Dalam prolog ini, anda akan bermain sebagai Hatori “Scorpion” Hasashi yang datang daripada sebuah keluarga Jepun tradisional. Berlumba merentasi bandar-bandar melalui Haikama Lake untuk menjadi pelumba terbaik di kawasan itu.

Hatori merupakan pelajar teladan tetapi agak memberontak, menjadikannya popular di sekolah. Jangkaan ibu bapanya yang keterlaluan telah mengajarnya bahawa kekalahan mencemarkan maruahnya, sesuatu yang tidak terjadi dalam hidupnya. Peraturan itu dibawa bersamanya ke litar lumba, di mana keangkuhannya membuatkan dia menghina sesiapa yang mencabar kemahirannya.

Sumber: Epicsoft Asia

Anda akan bertemu dengan watak-watak lain seperti Aoi, teman wanita Hatori yang mempunyai minat mendalam tentang kereta, yang sering berada di sisinya. Ayumi, rakan sekolahnya yang sering menemaninya ke perlumbaan. Kaori, artis yang bekerja di kedai cat berdekatan dan Satoru yang menjadi pencabar kepada Scorpion di trek perlumbaan.

JDM: Rise of the Scorpion merupakan satu-satunya pengenalan kepada cerita yang akan diteruskan dalam versi game penuh. Penceritaan dalam bentuk manga akan menghubungkan kedua-dua tajuk game ini.

Sumber: Epicsoft Asia

Perkara baru yang tersedia

JDM: Rise of the Scorpion akan membuka kawasan-kawasan yang tiada dalam demo JDM. Jalan baru ini akan menawarkan persekitaran sempurna untuk anda berlatih kebolehan memandu anda. Anda juga akan diperkenalkan dengan pengembaraan dan cabaran baharu.

Sumber: Epicsoft Asia

Terdapat sistem cuaca dinamik yang bakal membuatkan pengalaman perlumbaan anda tidak dijangka. Bukan setakat itu sahaja, kitaran pagi dan malam juga tersedia untuk memberikan keunikan kepada pengalaman anda.

Dengan upgrade, anda boleh mengeluarkan potensi penuh kereta anda untuk perlumbaan yang sengit. Jangan lupa untuk mencuba kebolehannya semasa menentang pelumba lain merentasi jalan sempit di bandar mahupun jalan berliku di gunung.

Sumber: Epicsoft Asia

Anda juga akan menentang watak-watak seperti Ayumi, Satoru dan hero lain dalam prolog. Masing-masing mempunyai gaya pemanduan tersendiri dan akan menjadi halangan kepada anda untuk menjadi juara.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk selami dunia JDM: Japanese Drift Master dengan prolog ini di Steam, Epic Games Store dan GOG. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JDM: Japanese Drift MasterJDM: Rise of the Scorpion
ShareTweetSend
Previous Post

Sudah Tiba Masa Untuk Hasilkan Final Fantasy Tactics Baharu, Menurut Yoshi-P

Next Post

Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 Mendapat Klasifikasi 18+, Tiada Potongan Babak!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 Mendapat Klasifikasi 18+, Tiada Potongan Babak!

Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 Mendapat Klasifikasi 18+, Tiada Potongan Babak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd