Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JDM: Japanese Drift Master Ditunda Ke 21 Mei 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, GOG, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
JDM: Japanese Drift Master Ditunda Ke 21 Mei 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Gaming Factory secara rasmi mengumumkan bahawa JDM: Japanese Drift Master kini akan dilancarkan pada 21 Mei 2025. Keputusan untuk menunda game ini dibuat bagi memberi ruang kepada pasukan pembangun untuk mengemas kini setiap aspek dan memastikan pengalaman yang memenuhi jangkaan tinggi komuniti pemain.

“Sejak awal lagi, matlamat utama kami adalah kualiti. Setiap drift, setiap kereta, setiap jalan direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman open-world drifting yang paling imersif. Setelah mempertimbangkan dengan hati-hati, kami percaya mengambil masa tambahan untuk menambah baik game ini adalah keputusan terbaik agar ia bukan sahaja memenuhi tetapi juga melebihi jangkaan pemain,” kata pasukan pembangun.

Pengalaman Drift Jepun yang Autentik

JDM: Japanese Drift Master ialah game lumba open-world yang membawa pemain menyelami budaya kereta Jepun dan seni drifting.

Berlatarkan daerah fiksyen Guntama—yang diinspirasikan daripada lokasi sebenar di Pulau Honshu, Jepun—game ini menawarkan lebih 250 kilometer jalan, termasuk laluan gunung yang berliku, jalan raya kota yang sibuk, serta kawasan desa di sekitar Tasik Haikama.

Kredit: Gaming Factory

Lebih daripada sekadar lumba, game ini menampilkan dunia luas yang dinamik dengan kitaran siang dan malam, trafik, serta sistem cuaca yang mempengaruhi keadaan pemanduan.

Pemain boleh memandu kereta berlesen daripada jenama terkenal seperti Nissan, Subaru, Mazda, dan Honda—setiap satu direka dengan model dan bunyi enjin yang autentik. Sistem customization yang mendalam membolehkan pemain mengubah suai penampilan kereta di bengkel cat atau meningkatkan prestasi di pusat tuning bagi membentuk kereta impian mereka.

Kredit: Gaming Factory

Salah satu elemen paling menarik dalam JDM: Japanese Drift Master ialah jalan ceritanya yang disampaikan menerusi panel manga yang dilukis tangan.

Pemain akan memainkan watak seorang pelumba asing yang berusaha mendapatkan penghormatan serta gelaran berprestij “hashiriya” (pelumba jalanan) dalam dunia drifting bawah tanah Jepun.

Kredit: Gaming Factory

Dalam beberapa minggu akan datang, Gaming Factory akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai game ini, termasuk maklmat tentang sistem tuning serta ciri-ciri menarik lain. Peminat juga boleh menjangkakan beberapa kejutan istimewa sebelum pelancarannya.

Bagi yang berminat, JDM akan tersedia di Steam, Epic, dan GOG apabila ia dilancarkan pada 21 Mei 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JDM: Japanese Drift Master
ShareTweetSend
Previous Post

BlizzCon Berehat pada 2025, Akan Kembali pada 2026!

Next Post

Apple Arcade Tambah Enam Game Baru pada April, Termasuk Katamari & Space Invaders!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apple Arcade Tambah Enam Game Baru pada April, Termasuk Katamari & Space Invaders!

Apple Arcade Tambah Enam Game Baru pada April, Termasuk Katamari & Space Invaders!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd