Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Vital Bracelet siap nak keluar Jepun, sudah keluarkan aplikasi rasmi di mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2021
in Aksesori, Anime, Artikel, Berita, Produk, Teknologi
0 0
0
Digimon Vital Bracelet siap nak keluar Jepun, sudah keluarkan aplikasi rasmi di mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Digimon sedang bersiap untuk tahun 2021 yang menarik, kerana nampaknya francais popular ini mempunyai banyak rancangan besar selain daripada anime reboot mereka. Diumumkan bulan Disember lalu, Bandai telah mengumumkan barisan jam pintar baru iaitu siri Digimon Vital Bracelet yang boleh memantau kesihatan anda dan membolehkan kita melatih raksasa digital sendiri semasa berjalan.

 

1 of 5
- +

Adakah ia efektif seperti jam pintar lain? Itu saya tidak tahu tetapi metrik ini akan memainkan peranan yang penting dalam gameplay asas Vital Bracelet. Di sini, pengguna akan dapat menggunakan tiga mod berbeza:

  • Pulse Link: yang mengesan aktiviti fizikal seperti jumlah langkah dan degup jantung untuk mempengaruhi jalan evolusi Digimon anda.
  • Pulse Touch Link: untuk sistem “auto-battle” yang kompetitif antara pengguna.
  • Applog Link: yang mencatat koleksi raksasa anda, bersama gambar, misi, dan kedudukan kompetitif.

Untuk mengesan statistik vital kita, ia boleh digunakan bersama aplikasi telefon pintar Vital Bracelet Lab yang kini tersedia di Jepun dan juga dapat berinteraksi dengan terminal NFC. Berikut adalah tangkapan gambar untuk aplikasi tersebut:

 

1 of 4
- +

Jam pintar Vital Bracelet akan hadir dalam tiga varian semasa pelancaran: hitam, putih, dan model kuning edisi terhad. Peranti hitam dan putih mempunyai fitur yang sama selain warnanya, tetapi versi ketiga akan mengandungi Pulsemon dan Veemon yang baru.

Peranti ini juga dapat mengakses area, Digimon dan grafik baru melalui penggunaan “DIMcard” (Digimon Identified Memory Card). Kad ini boleh dipasang terus ke sisi gelang dan membolehkan pengguna membela Digimon istimewa yang hanya terdapat pada kad tersebut. Ini akan dijual secara berasingan.

Malangnya, Bandai hanya mengumumkan Digimon Vital Bracelet untuk pasaran Jepun, di mana barisan pertama akan dilancarkan pada 13 Mac 2021. Varian hitam dan putih akan bernilai sebanyak ¥6,380 (anggaran RM241.31), manakala edisi kuning khas akan bernilai ¥7,260 (anggaran RM274.60).

https://www.youtube.com/watch?v=pX2KzEpF_gs

Buat masa ini, masih tiada maklumat jika Digimon Vital Bracelet akan keluar di pasaran global. Tapi moga-moga Bandai mungkin akan mengumumkan berita baru dalam masa terdekat. Untuk segala liputan kami tentang francais Digimon, sila tekan pautan ini.

Sumber – 4Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bandaidigimonDigimon Vital Braceletjam pintarJepunsmartwatchVital BraceletVital Bracelet Lab
Previous Post

Tomb Raider: Definitive Survivor Trilogy telah terbocor di Microsoft Store!

Next Post

Poster Godzilla vs. Kong yang terbaru nampak mengancam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Poster Godzilla vs. Kong yang terbaru nampak mengancam!

Poster Godzilla vs. Kong yang terbaru nampak mengancam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd