Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jadikan minat game anda sebagai kerjaya! Sertai pasukan Gamer Santai

Inilah peluang anda untuk menjadi wartawan di Digital Braves Media Group!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 18, 2021 - Updated on October 5, 2021
in Artikel, Berita, Panduan, Peluang Kerjaya, Tempatan
0 0
0
Jadikan minat game anda sebagai kerjaya! Sertai pasukan Gamer Santai
Share on FacebookShare on Twitter

Anda berminat dalam dunia industri permainan video, tetapi tidak jumpa kerjaya apa yang sama dan berkaitan dengan game. Tidak perlu berfikir panjang lagi, kerana anda boleh menyertai pasukan Gamer Santai kami dan akan didedahkan dengan peluang untuk bekerja dalam bidang gaming, berkongsi berita mengenai e-Sukan tempatan dan luar negara, mencuba game AAA terbaru, serta berpeluang untuk menemu ramah penerbit dari syarikat besar seperti Square Enix, Riot Games, Activision, 2K dan banyak lagi! Jom sertai kami bersama di Gamer Santai sebagai wartawan game di syarikat Digital Braves Media Group Sdn Bhd!

Suasana kerja yang santai di Gamer Santai

Di Gamer Santai, anda berpeluang untuk meneroka dunia gaming yang sedang rancak setiap hari! Anda boleh melibatkan diri dalam membuat review game terbaru, melaporkan berita harian mengenai dunia game serta membuat liputan acara-acara yang berkaitan dengan game. Bukan itu sahaja, mereka yang bekerja di Gamer Santai juga berpeluang untuk ke acara-acara permainan video atau e-Sukan di luar negara!

Mengenai Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Syarikat Digital Braves Media Group Sdn Bhd memiliki dan mengendalikan laman web kandungan permain video terbesar di Malaysia! Kami mempunyai pasukan yang akan menghasilkan kandungan berkaitan dunia game, anime, manga, e-Sukan dan juga gadget dari dalam dan juga luar negara dalam format bertulis serta video, juga bekerjasama dengan pelbagai syarikat game dari seluruh dunia.

Kami kini membuka beberapa jawatan kosong yang memerlukan anda untuk sertai dan semestinya peluang untuk meneroka dunia game ini lebih luas! Berikut adalah jawatan kosong yang tersedia di syarikat kami, atau anda boleh saja terus ke Careerbraves.com untuk memohon!

Wartawan (Sepenuh masa/ Internship)

Anda berpeluang untuk menyertai kami sebagai wartawan di Gamer Santai atau rakan sejawat kami iaitu di Wanuxi dan Gamerbraves! Iya, Gamer Santai merupakan laman web Bahasa Melayu, dan jika anda hebat dalam segi penulisan serta berkomunikasi dalam bahasa yang ditetapkan, inilah peluang anda!

Sorotan Pekerjaan

  • “Bermain permainan di tempat kerja tidak boleh diterima tetapi digalakkan” jika anda sukakannya.
  • Persekitaran rakan sekerja yang muda dan bertenaga.

Keperluan pekerjaan

  • Bersemangat tentang permainan dan mempunyai akaun permainan
  • Boleh menahan tekanan kerja
  • Dapat menyelesaikan kerja dengan cepat

Deskripsi kerja

  • Kemahiran menulis dan komunikasi yang sangat baik, dengan penguasaan Bahasa Malaysia.
  • Keupayaan menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk menulis kandungan.
  • Melakukan penyelidikan untuk mengungkap berita menarik dan penting.
  • Mengikuti perkembangan undang-undang privasi, penghinaan dan fitnah.
  • Berhubungan dengan wartawan, penyunting, penyunting video.
  • Mengikuti perkembangan berita terkini dengan menghadiri acara, mengkaji makalah yang berbeza, pendapat dan media sosial.
  • membuat kandungan dalam jangka masa yang diberikan.
  • Memiliki kemahiran grafik atau mempunyai citarasa grafik yang baik.

Arahan Permohonan Tambahan

  • Sila hantarkan resume anda dan satu (1) artikel berkaitan permainan di atas 1,000 perkataan, sila masukkan gambar dan tajuk untuk menjadikan artikel lebih menarik.
  • Pada permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
  • Jenis fail diterima: PDF atau Word.
  • Muat naik satu fail yang lebih kecil daripada 5MB. Sekiranya CV / portfolio anda terlalu besar, hoskannya di laman web luaran, seperti Google Drive, dan berikan pautan di surat lamaran anda.

Mohon jawatan anda di pautan ini; Sepenuh masa dan Internship

Video Editor

Mempunyai idea yang kreatif untuk menghasilkan sesuatu mestilah menjadi satu keistimewaan yang anda perlu tampilkan untuk mencuit hati kami. Dari situ, kami tahu anda bakal menjadi seorang yang pandai menawan hati peminat Gamer Santai! Salur semua idea anda dalam penyuntingan, buat ianya menarik dan seronok untuk ditonton, bukan kami sahaja tersenyum, ramai yang akan menyukai hasil anda jika tepati cita rasanya!

Jadi siapa di sini berkarya, kreatif dan berimaginasi tinggi dalam video editing? Berikut adalah gambaran keseluruhan untuk jawatan ini;

Sorotan Pekerjaan

  • “Bermain permainan di tempat kerja bukan sahaja diterima malah digalakkan” jika anda sukakannya
  • Persekitaran rakan sekerja yang muda dan bertenaga

Deskripsi pekerjaan

  • Mengedit video
  • Membuat konten video gaming untuk menarik peminat
  • Perlu mempunyai kepakaran videografi
  • Perlu berpengetahuan mengenai gaming
  • Urus saluran video Gamer Santai
  • Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik, dengan penguasaan Bahasa Malaysia

Arahan Permohonan Tambahan

  • Sila hantarkan resume dan portfolio anda melalui CareerBraves.com.
  • Jenis fail diterima: PDF atau Word
  • Muat naik satu fail yang lebih kecil daripada 5MB. Sekiranya CV / portfolio anda terlalu besar, hoskannya di laman web luaran, seperti Google Drive (contoh video anda), dan berikan pautan di emel anda.

Mohon jawatan anda di pautan ini; Sepenuh masa dan Internship

Jadi apa lagi yang anda nantikan? Ini lah peluang anda menyertai kami di Gamer Santai! Hantar resume dan artikel anda kepada kami, jika anda menarik perhatian kami, banyak pengetahuan dalam dunia gaming dan memenuhi segala kriteria yang diperlukan, jangan lupa ke Careerbraves.com untuk memohon jawatan kosong sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Digital Braves Media Group Sdn BhdGamer SantaiInternshipPeluang kerjayaSepenuh Masa
Previous Post

“Kami meluangkan banyak masa untuk merancang dan meneliti” – Temu ramah eksklusif pasukan Badlanders

Next Post

Kemaskini METRO EXODUS GEN 9 kini tiba!!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kemaskini METRO EXODUS GEN 9 kini tiba!!

Kemaskini METRO EXODUS GEN 9 kini tiba!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd