Bandai Namco telah mengumumkan mode baru untuk Captain Tsubasa: Rise of New Champions yang dipanggil “Episode New Hero.” Dalam mode ini, pemain boleh mencipta watak mereka sendiri dan menyertai salah satu sekolah berprestij di Captain Tsubasa. Berikut adalah info baru yang disediakan oleh Bandai Namco:
Dalam episod “NEW HERO“, anda mempunyai pilihan untuk mencipta watak sendiri dan menyertai salah satu daripada tiga sekolah berprestij yang terkenal dengan pasukan berbakat mereka:
- Furano Middle School daripada Hokkaido
- terkenal kerana mempunyai kerjasama pasukan terbaik di Jepun;
- Toho Academy daripada Tokyo
- akademi kelas atasan di Jepun;
- Musashi Middle School
- diketuai oleh Jun Misugi yang berbakat;
Sebaik sahaja anda mencipta avatar dan memilih sebuah kelab, matlamat anda adalah untuk mengalahkan pasukan Tsubasa Ozora iaitu Nankatsu Middle School, dan bersaing untuk menyertai NEW HERO League!
NEW HERO League
Selepas kejohanan kebangsaan, ramain pemain hampir meninggalkan pasukan bola sepak mereka apabila mereka terdengar tentang kejohanan baru – NEW HERO League! Pertandingan ini diadakan untuk memilih pemain terbaik bagi pasukan All-Star Jepun, kerana Junior Youth Tournament telah dibatalkan.
Bersiap sedia untuk mengalami cerita yang dramatik dan penamat yang berbeza bergantung kepada sekolah yang anda pilih, serta bina persahabatan dengan pemain kegemaran anda untuk meningkatkan “friend rank“. Dengan merapatkan hubungan dengan watak tertentu pada tahap yang tertentu, anda mungkin boleh memperolehi kemahiran atau abiliti unik watak tersebut!
Captain Tsubasa: Rise of New Champions akan dilancarkan pada tahun ini untuk PS4, Nintendo Switch dan PC. Itu sahaja buat masa ini dan apa-apa berita baru, akan terus kami laporkan!

@gamersantaimy
Discussion about this post