Selepas kejadian kebocoran video gameplay GTA 6 awal minggu ini, terdapat laporan yang mengatakan serangan siber terhadap Rockstar Games sedang disiasat oleh FBI dan U.S Department of Justice dengan kerjasama Uber. Serangan itu dipercayai dilakukan oleh satu kumpulan hacker yang dikenali sebagai Lapsus$.

Jika ingat kembali, ia merupakan kumpulan yang sama melakukan serangan siber terhadap syarikat Microsoft dan Nvidia. Lupsus$ adalah sekumpulan hacker yang dipercayai bertapak di South America dan pada awal tahun lalu telah menangkap sebahagian remaja lingkungan umur 16 sehingga 21 tahun atas serangan tersebut.
Besar kemungkinan kebocoran GTA 6 baru-baru ini adalah serangan cybyer paling terkenal yang pernah dilakukan kumpulan itu dengan penyebaran video gameplay tersebut tersebar dengan sangat pantas di media sosial. Sebelum ini, mereka juga pernah melakukan serangan terhadap syarikat Samsung, Okta dan Cisco di mana ia cukup untuk meletakkan kumpulan Lupsus$ berada dalam radar keselamatan siber.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa kebocoran gameplay GTA 6 itu adalah kebocoran yang paling besar bagi tahun ini kerana ia telah mendedahkan beberapa gameplay yang penting termasuk watak, setting, pertarungan, AI dan banyak lagi. Tambah pula dengan lebih daripada 80 fail video, sudah pasti ramai yang berkongsi video-video tersebut melalui media sosial.
Namun, Take-Two Interactive bergiat aktif untuk menurunkan video-video tersebut dengan membuat tuntutan hak cipta. Dalam masa yang sama, Take-Two Interactive bersama Rockstar mengesahkan yang kebocoran video-video tersebut tidak akan memperlahankan kerja pembangunan game itu.

Seperti yang saya katakan diatas, bukan Rockstar Games sahaja yang terkena dengan serangan siber tersebut. Terdapat satu lagi syarikat yang diserang oleh kumpulan tersebut iaitu Uber. Sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ride-share.
Uber mengatakan yang serangan siber tersebut telah menggunakan cara yang sama di mana mereka memperoleh akses kepada saluran Stack syarikat. Syarikat ini juga mengatakan yang dia percaya bahawa kumpulan hacker Lupsus$ adalah dalang bagi kedua-dua serangan.
Hal ini kerana, terdapat bukti di mana mereka menggunakan taktik yang sama pernah digunakan untuk memecah masuk ke dalam rangkaian setiap syarikat termasuk Microsoft dan Nvidia.

Melalui blog post Uber baru-baru ini, syarikat mereka sedang bekerjasama dengan FBI dan U.S Department of Justice untuk mengesan hacker yang berkenaan dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Apa pendapat korang tentang kes GTA 6 dan Uber yang sedang bekerjasama dengan FBI dan U.S Department of Justice untuk mengesan hacker tersebut? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Harapnya tiada lagi kes kebocoran sebesar ini pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan lebih banyak liputan berkenaan GTA 6, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post