Studio indie Parity telah mengumumkan bahawa karya debut mereka, Island of Winds akan hadir ke PlayStation 5 dan PC pada tahun 2022! Island of Winds bakal membawa pemain ke negara Iceland pada abad ke-17, dan memperkenalkan mereka ke dunia ajaib yang penuh dengan dengan troll, labah-labah gergasi dan makhluk mitos. Pemain akan mengalami semuanya melalui Brynhild, seorang ahli Balance Keeper yang mampu menggunakan kuasa ajaib dari persekitaran sekeliling.
Island of Winds merupakan game “story-driven mythical adventure” yang berlangsung dalam dunia “open-world” yang penuh dengan makhluk mitologi dan kisah cerita rakyat dari Iceland. Brynhild mempunyai misi untuk mencari mentornya, Hrymja, di mana misi ini mengharuskannya untuk melalui sembilan wilayah unik di Iceland. Lokasi-lokasi ini terdiri dari Lava of Skjól yang berapi-api hingga ke lagun Jökla yang berbahaya dan Obsidian Shore yang nyaman.
Selain itu, Brynhild harus menghadapi pelbagai makhluk legenda, seperti “Bear King” yang majestik, “Hafgúfa” si Penjaga Laut dan “Vör of the Oasis”, seorang elf wanita. Gameplay Island of Winds banyak menumpukan pada pertemuan Brynhild bersama makhluk-makhluk ini, dengan penekanan pada gaya penceritaan, kisah mitologi yang luas, dan teka-teki yang menarik. Mekanik spell-casting, pertempuran dan sistem pertemuan unik berdasarkan empati semuanya tersedia untuk pemain kerana mereka harus membuat keputusan serta merta untuk sama ada menyelesaikan masalah dalam cara yang damai atau ganas.

“Island of Winds sangat bergantung pada mitologi Iceland untuk memberikan pengalaman yang baru dan menawan kepada para pemain. Landskap Iceland yang luar biasa dan bervariasi adalah latar belakang yang sempurna untuk pengembaraan Brynhild ketika dia menemui pelbagai makhluk unik dalam perjalanan. Kami tidak sabar untuk mendedahkan lebih banyak lagi mengenai dunia, penduduknya dan protagonis utama, Brynhild dalam beberapa bulan akan datang.”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Parity, Maria Guðmundsdóttir.

Ciri-ciri utama:
- Sembilan biom cantik untuk diterokai, masing-masing berdasarkan emosi yang unik
- Gameplay berdasarkan jalan cerita yang meneroka sejarah Iceland, dan juga masa lalu Brynhild
- Temui senarai makhluk luar biasa yang belum pernah dilihat dari cerita rakyat Iceland
- Sistem pertemuan berasaskan empati yang membolehkan konflik diselesaikan secara damai
- Persekitaran dunia terbuka ajaib yang penuh dengan rahsia dan misteri untuk ditemui oleh pemain


Island of Winds akan dilancarkan di PC dan PlayStation 5 pada tahun 2022. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Island of Winds, ikuti Parity di Twitter atau lawati laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post