Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Isekai Quartet: Another World akan tayang di Malaysia pada 18 Ogos 2022!

Maira by Maira
July 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Isekai Quartet: Another World akan tayang di Malaysia pada 18 Ogos 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara nak menunggu filem ONE PIECE FILM RED pada September nanti, GSC Cinemas akan tayangkan satu lagi anime di Malaysia iaitu Isekai Quartet: Another World! Filem anime Isekai Quartet: Another World akan ditayangkan pada 18 Ogos di pawagam Malaysia terpilih. Senarai pawagam masih belum didedahkan oleh GSC, jadi kita tunggu maklumat lanjut daripada mereka.

Untuk pengetahuan anda, Isekai Quartet merupakan siri yang mengumpulkan watak-watak daripada siri isekai terkenal. Contohnya Re:Zero, Overlord, The Saga of Tanya EvilKonosuba dan banyak lagi. Dalam filem ini, watak-watak telah dibawa ke sebuah dunia alternatif melalui wormhole yang terbuka secara tiba-tiba. Tahu-tahu mereka berada di sebuah dunia yang diperintah oleh golem yang tidak terkawal. Di situ jugalah mereka berjumpa dengan gadis golem yang kelihatan sama seperti Megumin, lelaki yang mengenali Subaru, dan seorang wanita yang berpakaian seperti Tanya. Maka bermulalah usaha untuk kembali ke dunia sebenar mereka.

Isekai Quartet Malaysia

Siri Isekai Quartet mempunyai 2 musim dan ditayangkan pada April 2019. Ia juga akan mendapat sekuel akan datang tetapi masih tiada maklumat lanjut mengenainya. Kalau anda yang ingin menontonnya sebelum membeli tiket wayang nanti, bolehlah gunakan platform rasmi seperti Bilibili. Berikut adalah sinopsis rasmi siri tersebut:

Butang misteri telah muncul entah dari mana. Tiada sebarang amaran mengenainya… jadi sudah tentu ada satu cara sahaja, bukan? Adakah ia satu perangkap atau permulaan untuk sesuatu yang baru dan menarik? Watak-watak Re:Zero, Overlord, Konosuba dan The Saga of Tanya Evil akan ketahui mengenainya apabila mereka dibawa ke dunia lain dan terperangkap dalam… kelas?! Lihat haru-biru daripada watak-watak popular ini dalam siri pendek ini!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GSC CinemasIsekai QuartetIsekai Quartet: Another World
Previous Post

Juventus kembali dalam FIFA 23, Dusan Vlahovic rasmi jadi duta

Next Post

Resident Evil menduduki carta Top 2 di Netflix, Stranger Things 4 masih kekal No 1

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Resident Evil menduduki carta Top 2 di Netflix, Stranger Things 4 masih kekal No 1

Resident Evil menduduki carta Top 2 di Netflix, Stranger Things 4 masih kekal No 1

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd