Pada masa kini, sukar untuk mencari smartphone yang serba boleh dan bagus dengan harga sekitar RM1000. Di sinilah, jenama iQOO amat cemerlang selepas mengumumkan dua tambahan baharu kepada barisan produk mereka iaitu iQOO Z7 & iQOO Z7x, yang sudah tersedia di Malaysia sekarang. Direka khusus untuk pengguna pada segmen mampu milik, siri iQOO Z7 dijangka akan mencipta standard baharu dalam ruang teknologi telefon pintar.
Apakah keistimewaan setiap satu? Biar saya jelaskan!
iQOO Z7

Pertama sekali, smartphone ini adalah yang pertama dalam segmen harganya untuk menampilkan teknologi ‘120W Flash Charge’, yang menawarkan kelajuan pengecasan terpantas di kalangan produk dengan julat harga yang sama dan konfigurasi yang sama hebat dengan peranti flagship lain di pasaran. Bersama bateri 5,000mAh, ini memastikan pengguna tidak ketinggalan semasa membuat kerja seharian. Menurut syarikat, pengecasan 5 minit sudah cukup untuk menonton video selama 5 jam, manakala pengecasan 9 minit pula sudah cukup bertahan aktiviti gaming sekitar 3 jam.

Seterusnya, ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon® 782G binaan TSMC 6nm terbaharu untuk kerja berprestasi tinggi yang mengimbangi prestasi dan penggunaan kuasa dengan berkesan. Jadi walaupun menjalankan kerja intensif, bateri masih boleh bertahan lama untuk menampung aktiviti seharian. Sebagai contoh, ia telah mencapai markah benchmark sebanyak 593283 di Antutu lantas menjadikannya antara smartphone paling berkebolehan setakat ini di pasaran.
Untuk menampung kuasa itu, iQOO Z7 dipasangkan dengan storan ’12+256′ dan ’12+8GB’ serta 8GB Extended Ram 3.0′ yang membantu mengembangkan RAM dengan menggunakan ruang ROM terbiar untuk menambah memori sehingga 8G tambahan. Pertukaran kapasiti antara RAM dan ROM boleh membebaskan memori, lalu membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan sekaligus. Secara langsung, ini mengurangkan kemungkinan aplikasi dihentikan kerana memori yang tidak mencukupi.

Kuasa tinggi, pengecasan pun panas – mungkin ramai yang risau tentang kepanasan produk. Jangan risau kerana sistem VC Cooling telah diaplikasikan. Secara khususnya, Z7 dilengkapi dengan penyejuk cecair VC superkonduktor dengan keluasan keseluruhan 3002mm2, iaitu dua kali ganda luas VC daripada Z6 (1550mm2). Berbanding dengan VC biasa dengan keluasan yang sama, VC superkonduktor boleh mengurangkan suhu tambahan sebanyak 1.2°C .

Daripada segi kamera, iQOO Z7 memiliki kamera utama utama 64 MP (kanta f/1.79) dengan OIS dengan depth sensor 2 MP serta kamera swafoto 16 MP. Yang harus diberi penekanan adalah OIS (Optical Image Stabilization), satu ciri yang tidak banyak smartphone miliki. Dengan OIS, tidak kira apa juga keadaan termasuk senario malam, pergerakan pantas, kawasan ‘over-exposure’ dan lain-lain, teknologi ini akan membetulkan masalah kekaburan di gambar. Dengan ini, pengguna mengambil gambar dalam cara yang mudah untuk meningkatkan kualiti imej dengan ketara.

Untuk paparan, Z7 mempunyai skrin 6.64” 120hz FHD + Dot Display dan menyokong HDR10 dengan liputan 100% ruang warna DCI-P3. Untuk Z7 sahaja, ia menyokong HDR10 yang membawa julat kontras yang dinamik antara terang dan gelap, bagi mempersembahkan pengalaman visual yang terang dan berwarna-warni. Bersama refresh rate 120Hz, segala butiran dalam video, gaming, dan apa-apa grafik ditingkatkan demi transisi lebih lancar. Bukan itu sahaja, ia diturut disahkan dengan pelbagai ciri perlindungan mata termasuk ‘Low blue light’, ‘Adaptive brightness strategy’, ‘Global DC Dimming’, ‘Global Eye Protection Mode’ dan lain-lain.

Tidak lupa juga tentang gaming! Z7 membekalkan pelbagai fungsi menarik termasuk X-Axis Linear Motor dan 4D Game Vibration yang biasanya digunakan dalam smartphone flagship. Dimuatkan dalam produk, ia memberikan getaran yang lebih kuat dan pengalaman sentuhan yang lebih autentik kepada pengguna. Untuk game spesifik, ia boleh mengenal pasti adegan secara automatik dan mencipta getaran khas (seperti menembak senjata) dengan sokongan motor dan algoritma, supaya pengguna boleh menikmati pengalaman permainan yang lebih menarik.
Kemudian, kita ada ciri Motion Control, yang memperkayakan pengalaman pemain semasa gaming kerana ia menawarkan kawalan pergerakan yang lebih baharu dan selesa. Secara umum, pengguna boleh menggunakan gerakan berbeza untuk memilih butang bagi memperoleh operasi lancar yang tidak dapat dicapai walaupun pada dua atau empat jari. Untuk sambungan internet yang lancar, Game Antenna turut dilengkapi yang kerjanya memadankan kedudukan optimum untuk antena Wi-Fi dan 5G. Dengan cengkaman yang stabil semasa gaming, kelajuan network pun dipertingkatkan dengan ketara
iQOO Z7x

Berbeza dengan Z7, varian Z7x dipasarkan sebagai smartphone lebih berharga bajet tetapi masih serba lengkap! Pertama sekali, ia dilengkapi dengan pengecasan pantas 80W dan bateri besar sebanyak 6000mAh! Ia tidak sepantas bateri Z7, tetapi sesetengah mungkin lebih suka kapasiti tambahan berbanding kelajuan. Z7x juga bukannya lambat, kerana dapat mencapai 70% dalam masa 34 minit. Jika mencapai 100%, ia akan bertahan hampir 19 jam untuk menonton video.
Daripada isi dalaman, ia memiliki cipset Snapdragon® 695 5G dan storan 8 + 256 atau 8+128. Bukan di tahap Z7, tetapi lebih daripada cukup untuk menampung kerja seharian pengguna tanpa mereka mengalami beban. Andai kata proses terasa perlahan, manfaatkan sahaja teknologi Extended RAM yang mengurangkan penambakan memori pada sistem, untuk memberikan penggunaan kuasa lebih rendah dan operasi lebih lancar.

Z7x memiliki paparan 6.64”FHD + Dot Display Z7x dengan refresh rate 120Hz serta meliputi keseluruhan gamut DCI-P3. Malangnya, ia tidak mempunyai HDR10 tetapi masih mengekalkan teknologi 120Hz yang sama laju untuk para gamer dan content creator.
Untuk kamera, Z7x mempunyai Ultra Clarity Camera. Khususnya, sensor 50MP (lensa f/1.8, tiada OIS), depth sensor 2MP dan kamera swafoto 8MP. OIS memberi kelebihan yang diperlukan untuk mereka yang ingin gambar masing-masing sempurna 100% tetapi gambar yang ditangkap oleh Z7x pun terbukti cukup terang dan terperinci – sangat sesuai untuk dimuat naik di media sosial.
Harga & ketersediaan
Bagi mereka yang berminat, iQOO Z7 dan Z7x kini tersedia untuk prapesan bermula hari ini!

iQOO Z7
- Tempoh prapesan: 10 April hingga 18 April
- iQOO Z7 12+256 bernilai RM1499 (Harga diskaun RM1399)
- iQOO Z7 8+128 (eksklusif di Lazada) bernilai RM1299 (Harga diskaun RM1249)
- Tambahan lain: Perlindungan retak skrin 1 tahun + waranti lanjutan 1 tahun
iQOO Z7x
- Tempoh prapesan: 10 April hingga 18 April
- iQOO Z7x 8+256 bernilai RM1099 (Harga diskaun RM999)
- iQOO Z7 8+128 (eksklusif di Shopee) bernilai RM999 (Harga diskaun RM939)
- Tambahan lain: Waranti lanjutan 1 tahun
Diskaun pelajar

- Tempoh prapesan: 10 April hingga 18 April
- Diskaun: Kupon diskaun sehingga RM50
- Hadiah percuma: Siri beg galas iQOO atau Marshall Key Holder
- Unit terhad sahaja.
- Marshall Key Holder hanya boleh didapati di Shopee Rasmi iQOO dengan pembelian model iQOO Z7
- Beg galas IQOO telah habis stok
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk iQOO, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post