Sejak mula diumumkan, inZOI memang ditakdirkan sebagai pesaing generasi baharu kepada The Sims, dengan menggabungkan visual hiper-realistk di PC dengan mekanik simulasi yang kompleks.
Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, game ini menawarkan pengalaman yang cukup imersif tetapi memerlukan spesifikasi sistem yang cukup berkuasa untuk berjalan dengan lancar.
Walaupun spesifikasi minimum dan disyorkan telah disenaraikan di Steam, panduan di bawah memberikan rumusan yang lebih jelas tentang tahap sistem berbeza yang mempengaruhi pengalaman game.
Dijelaskan oleh inZOI Studio, mereka mengkategorikan keperluan sistem kepada empat tahap—Minimum, Medium, Recommended, dan High.
Keperluan Minimum
- OS: Windows 10/11 (64-bit)
- Pemproses: Intel i5-10400 / AMD Ryzen 5 3600
- Memori: 12 GB RAM
- Kad Grafik: NVIDIA RTX 2060 (6GB) / AMD Radeon RX 5600 XT (6GB)
- DirectX: Versi 12
- Storan: 40 GB
Keperluan Medium
- OS: Windows 10/11 (64-bit)
- Pemproses: Intel i7-11700 / AMD Ryzen 7 5800X3D
- Memori: 16 GB RAM
- Kad Grafik: NVIDIA RTX 3060 (8GB) / AMD Radeon RX 6600 (8GB)
- DirectX: Versi 12
- Storan: 50 GB
Keperluan Recommended
- OS: Windows 10/11 (64-bit)
- Pemproses: Intel i7-12700K / AMD Ryzen 7 7800X3D
- Memori: 16 GB RAM
- Kad Grafik: NVIDIA RTX 3070 (8GB) / AMD Radeon RX 6800 XT (16GB)
- DirectX: Versi 12
- Storan: 60 GB
Keperluan High
- OS: Windows 10/11 (64-bit)
- Pemproses: Intel i7-14700K / AMD Ryzen 7 9800X3D
- Memori: 32 GB RAM
- Kad Grafik: NVIDIA RTX 4080 (16GB) / AMD Radeon RX 7900 XTX (24GB)
- DirectX: Versi 12
- Storan: 75 GB

Sudah tentu, kami faham bahawa maklumat ini mungkin kelihatan agak rumit. Oleh itu, pasukan dev telah menyediakan video untuk menunjukkan bagaimana inZOI berjalan pada tetapan yang berbeza.
(Notis: Rakaman ini diambil semasa pembangunan dan berbeza daripada versi early access sebenar.)
Apa Itu inZOI?
inZOI ialah game life simulation akan datang, yang dibangunkan oleh inZOI Studio dan diterbitkan oleh Krafton, syarikat yang terkenal dengan PUBG. Game ini direka untuk memberikan pengalaman yang realistik, di mana pemain boleh mencipta serta mengawal watak maya yang dikenali sebagai “Zois.”
Pemain boleh menyesuaikan pelbagai aspek kehidupan Zois, termasuk rupa, personaliti, tempat tinggal, dan rutin harian mereka.

Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, inZOI menampilkan grafik fotorealistik dan menawarkan tahap customization yang mendalam. Selain mencipta watak dan membina rumah, pemain juga boleh mengubah keseluruhan landskap bandar menerusi mod City Edit.

Dari segi gameplay, inZOI fokus pada pengurusan kehidupan Zois—memenuhi keperluan asas mereka seperti makan, kebersihan, dan interaksi sosial, membina hubungan, membangunkan kerjaya, serta meneroka dunia dengan pelbagai acara dinamik yang dipacu oleh AI watak lain.
inZOI turut menampilkan elemen unik seperti sistem karma, AI generatif untuk mencipta corak dan objek dalam game, serta alat “Canvas” yang membolehkan pemain berkongsi kandungan ciptaan mereka.

inZOI akan dilancarkan secara early access pada 28 Mac 2025 untuk PC melalui Steam, dengan rancangan untuk keluar di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada masa akan datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post