Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interviu Digimon Story Time Stranger – Meneroka Dimensi Masa Bersama 450+ Jenis Digimon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Interviu Digimon Story Time Stranger – Meneroka Dimensi Masa Bersama 450+ Jenis Digimon!
Share on FacebookShare on Twitter

Ryosuke Hara, produser di sebalik Digimon Story Time Stranger, telah berkongsi pandangan tentang pembangunan game terbaharu dalam francais Digimon.

Dalam sesi temu bual bersama kami, Hara menerangkan bagaimana game ini dibina berasaskan formula kejayaan sebelum ini, namun disuntik dengan elemen baharu seperti pengembaraan rentas masa, penerokaan dunia yang lebih terbuka, dan mekanik gameplay yang lebih segar.

Ryosuke Hara | Kredit: Bandai Namco Entertainment

Daripada naratif yang menumpukan hubungan erat antara manusia dan Digimon, hinggalah kepada cabaran teknikal dalam merealisasikan lebih 450 jenis Digimon, jelas kelihatan betapa besar komitmen studio terhadap projek ini.

Di bawah, kami teroka aspek penting dalam Time Stranger yang menjadikan ia sebagai salah satu entri paling menyerlah dalam siri Digimon setakat ini.

Dunia Fantasi dan Perjalanan Masa dalam Time Stranger

Digimon Story Time Stranger membawa arah yang berbeza daripada Cyber Sleuth, yang sebelum ini lebih tertumpu pada dunia digital buatan.

Menurut Hara, walaupun Cyber Sleuth banyak meneroka alam maya, Time Stranger memperkenalkan gabungan antara dunia sebenar dan digital, dengan fokus utama pada kelompok Digimon misteri, Olympos XII.

“Kali ini, kami lebih menumpukan pada Olympos XII, yang bermaksud Digimon akan memainkan peranan utama dalam cerita, seolah-olah membentuk dunia yang menyerupai dongeng,” kata Hara.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Elemen perjalanan masa pula menjadi sifatt utama penceritaan dan memainkan peranan penting dalam membentuk tema serta struktur game ini. Hara menjelaskan bahawa naratif berpusat pada hubungan erat antara manusia dan Digimon, dengan elemen masa digunakan untuk memperkuatkan lagi ikatan tersebut.

“Ikatan antara manusia dan Digimon adalah tema yang sangat penting, jadi kami cuba menggunakan elemen masa untuk menyerlahkan ikatan ini,” ujarnya.

Pemain bakal mengembara antara masa kini dan masa depan, serta merentas dunia sebenar dan digital bagi merungkai misteri serta menghalang bencana daripada berlaku.

Walaupun beliau tidak mendedahkan secara terperinci struktur cerita bagi mengelakkan spoiler, Hara memberi bayangan bahawa pengalaman yang menanti pemain akan menyentuh hati, sama ada penceritaannya bersifat linear atau bercabang.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Salah satu keputusan yang menarik perhatian adalah pemilihan Aegiomon sebagai pasangan Digimon kepada watak heroin, memandangkan ia kurang dikenali berbanding Digimon popular lain. Hara menjelaskan bahawa pemilihan ini bukan secara kebetulan, kerana Aegiomon mempunyai kaitan rapat dengan Olympos XII.

“Saya percaya mereka yang mengikuti siri ini mungkin tahu mengapa Aegiomon muncul pada masa ini,” katanya penuh makna, memberi penghargaan kepada peminat setia yang akan memahami nilai naratif pilihan tersebut.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bagi mereka yang baru ingin mengenali dunia Digimon, Hara menegaskan bahawa tiada keperluan untuk pengetahuan terdahulu. Watak utama sendiri berasal daripada sebuah organisasi rahsia yang tidak pernah berinteraksi dengan Digimon sebelum ini, menjadikan game ini mudah diakses untuk pemain baharu.

“Malah bagi pendatang baru, mereka sangat berpeluang untuk bermain dan menikmati game ini,” tegas Hara.

Ciri Baharu dan Skala Luas Pengalaman Digimon

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Digimon Story Time Stranger memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dalam aspek gameplay, dengan salah satu yang paling menyerlah ialah sistem Digi Ride, yang membolehkan pemain menunggang Digimon tertentu semasa meneroka dunia permainan.

Hara, yang merupakan peminat tegar Digimon, mencipta ciri ini dengan tujuan untuk memperkaya pengalaman pengembaraan.

“Ini sebenarnya datang dari perspektif peminat Digimon. Saya fikir mempunyai ciri seperti ini adalah sesuatu yang bagus,” jelasnya.

Pasukan pembangunan memilih Digimon yang boleh ditunggang berdasarkan keseronokan dan elemen ikonik, seperti Beelzemon dengan motosikalnya dan Mechanorimon. Walaupun Digi Ride hanya digunakan ketika meneroka dan tidak digunakan dalam pertempuran, pemain diberi kebebasan untuk menyesuaikan gaya tunggangan mereka.

Hara turut menyatakan bahawa ada “pelbagai cara menunggang Digimon” bagi memberikan kepelbagaian dalam pengalaman ini.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dari segi skala, game ini jauh lebih besar berbanding tajuk sebelumnya. Hara menerangkan bahawa gameplay dibina berdasarkan tiga komponen utama: pengembaraan, latihan, dan pertempuran.

Bahagian pengembaraan membolehkan pemain menjelajah dunia manusia dan digital yang luas, sementara elemen latihan tertumpu pada pembesaran lebih 450 Digimon, dengan setiap satu memiliki ciri tersendiri dan tumbesaran yang berkembang selari dengan watak utama.

“Apabila protagonis berkembang, Digimon juga akan menjadi lebih kuat dalam proses itu,” kata Hara.

Sistem pertempuran pula ditambah baik dengan Skill dan Attachment baharu, memberikan lebih banyak pilihan taktikal dan strategi, terutama ketika menghadapi bos-bos yang mencabar.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sebagai selingan daripada jalan cerita utama, terdapat juga aktiviti sampingan seperti permainan kad yang direka seperti permainan kad trump, di mana pemain boleh mengumpul kad.

Hara menjelaskan bahawa fungsi ini tidak mempunyai kaitan dengan sistem permainan kad Digimon sedia ada seperti Digimon Heroes, dan tidak melibatkan mod online atau PvP. “Kedudukan permainan kad ini adalah untuk pemain mengambil rehat sejenak daripada cerita utama,” katanya.

Terdapat juga pelbagai aktiviti sampingan lain yang disediakan, namun semuanya bertujuan menyokong naratif utama tanpa mengganggu aliran utama cerita. Kandungan selepas tamat cerita utama turut merangkumi tahap kesukaran baharu, memberi dorongan kepada pemain untuk terus melatih dan menguatkan Digimon mereka.

Cabaran Teknikal dan Kerjasama Strategik

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Membangunkan Digimon Story Time Stranger bukanlah satu usaha yang mudah, terutamanya dengan pelancarannya secara serentak di Xbox bersama platform lain. Hara menekankan pentingnya kerjasama dengan pihak Microsoft dalam memastikan visi game ini dapat direalisasikan sepenuhnya di Xbox Series X dan S.

“Untuk menyampaikan dunia Digimon, terdapat banyak cabaran untuk mencapainya. Dan kami mendapat sokongan daripada Microsoft,” katanya, sambil menjelaskan bahawa sokongan ini membantu mereka membangunkan bandar utama yang hidup dengan pelbagai Digimon, menjadikannya titik tumpuan dunia dalam game ini.

Pelancaran ini turut menjadi satu langkah penting untuk francais Digimon, membina momentum selepas kejayaan Digimon Survive di Xbox dan berusaha menarik minat pemain baharu melalui daya tarikan unik siri ini.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Menyertakan lebih 450 Digimon juga menghadirkan cabaran teknikal yang besar, khususnya dalam memastikan setiap satu tampil lebih hidup dengan animasi yang segar dan dinamik. Hara berkongsi bahawa pasukan pembangunan memulakan semula dari asas, jauh melangkaui kekangan era PS Vita yang membentuk Cyber Sleuth sebelum ini.

“Kami sebenarnya bermula dari membina skeleton dan framework,” katanya, menunjukkan betapa besar usaha yang dicurahkan untuk meningkatkan kualiti animasi pertempuran, termasuk penambahan suara semasa serangan bagi memberi impak lebih mendalam.

Menurut Hara, semangat tinggi pasukan adalah kunci utama dalam mengatasi segala cabaran sepanjang proses pembangunan.

“Sebab kami boleh melakukan ini adalah kerana kerja keras dan semangat pasukan pembangunan,” ujar beliau, dengan harapan agar semua pemain dapat merasai komitmen itu apabila mereka menikmati hasil akhirnya.

Inovasi dalam Evolusi Digimon

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Proses pembangunan Digimon Story Time Stranger mengambil masa yang panjang, dengan Hara menjelaskan bahawa fokus utama sejak awal lagi adalah kepada hubungan erat antara manusia dan Digimon serta penyertaan Olympos XII dalam naratif.

“Ia mengambil masa untuk kami membangunkan game ini kerana kami ingin menonjolkan tema ikatan kuat antara manusia dan Digimon,” katanya.

Walaupun tempoh pembangunannya memakan masa bertahun, Hara berpuas hati dengan hasil akhir, terutamanya bagaimana game ini berjaya menggabungkan dunia luas yang diteroka dengan jalan cerita yang menyentuh emosi.

Elemen perjalanan masa dan suasana dunia digital yang seakan dongeng pula berkembang secara semula jadi, hasil daripada keinginan pasukan untuk menghasilkan pengalaman Digimon yang segar, namun tetap setia dengan identiti asal siri ini. Seperti yang dinyatakan oleh Hara:

“Kami berharap semua orang dapat merasakan kerja keras dan semangat mereka semasa bermain game ini.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Digimon Story Time Stranger akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, manakala versi PC melalui Steam akan menyusul pada 3 Oktober. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Digimon Story Time Strangerinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Digimon Story Time Stranger – Kepulangan Penuh Potensi Yang Gabungkan Nostalgia dan Idea Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Digimon Story Time Stranger – Kepulangan Penuh Potensi Yang Gabungkan Nostalgia dan Idea Baharu
Preview

Previu Digimon Story Time Stranger – Kepulangan Penuh Potensi Yang Gabungkan Nostalgia dan Idea Baharu

June 18, 2025
[EKSKLUSIF] Gearbox Melangkah Lebih Jauh Dengan Borderlands 4 – Lagi Gila, Lagi Kreatif, Lagi Besar!
Eksklusif

[EKSKLUSIF] Gearbox Melangkah Lebih Jauh Dengan Borderlands 4 – Lagi Gila, Lagi Kreatif, Lagi Besar!

June 18, 2025
Previu Borderlands 4 – Pengalaman Pertama Bermain Sebagai Dark Siren Vex!
Preview

Previu Borderlands 4 – Pengalaman Pertama Bermain Sebagai Dark Siren Vex!

June 18, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd