Hanya dua hari lagi tinggal sebelum pelancaran update terbaru World of Warcraft Shadowlands yang dipanggil Eternity’s End. Digelar update 9.2, ia akan hadir pada 22 Februari dengan pelbagai kandungan baru yang boleh dinikmati oleh pemain. Dalam artikel ini, kami mengadakan sesi temu bual bersama Patrick Dawson sebagai Production Director Pengeluaran dan Maria Hamilton sebagai Lead Quest Designer dari World of Warcraft: Shadowlands. Berbincang tentang isi kandungan utama dan proses sebalik tabir pembikinan, berikut adalah isi temu ramah:
Ke arah Shadowlands Eternity’s End
Dengan pendedahan zon Zereth Mortis, adakah kita masih dapat meneroka kawasan baru tetapi dengan latar belakang tradisional atau adakah kisah kosmik yang lebih epik akan menanti pemain pada masa hadapan?
Maria: Saya rasa tidak begitu. Kita boleh meneroka apa sahaja. Kami mempunyai dunia yang besar dan banyak watak unik untuk diterokai. Tidak semua cerita mesti datang dengan efek kosmik atau epik.
Memandangkan update akan datang akan menjadi penamat kepada kisah epik ini, adakah anda fikir kandungan ini akan dapat menarik perhatian pemain lama?
Patrick: Terdapat begitu banyak kandungan baru untuk anda teruja. Ini merupakan update terbesar yang pernah kami buat – termasuk Zereth Mortis, 11 Boss baharu, PVP Season, Mythic+ Season, PVP Brawl, Arena baru dan set tier baru yang pemain boleh kumpulkan.
Maria: Ada banyak set legendary yang boleh diperoleh dengan mudah, banyak ‘mount’ baru, pet, transmog dan pelbagai perkara lain. Kami juga mempunyai penutup untuk bab terakhir kempen. Dengan begitu banyak yang boleh dilakukan, kami berharap pemain menyukainya dan kembali bermain.
Patrick: Saya cuma ingin menyatakan bahawa World of Warcraft mempunyai banyak kandungan yang menarik untuk dinikmati semua orang, tidak kira apa jenis pemain, kerana update ini membawa jumlah content yang sangat besar.
Dengan sistem tier baru , adakah terdapat cara untuk pemain lama yang mungkin telah melepasi Castle Nathria/Sanctum of Domination untuk menyerang dengan lebih mudah? Adakah set bonus cukup untuk menyeimbangkan meta gameplay, contohnya bagi mereka yang telah menguasai peralatan Mythic+ dan bersedia untuk mencipta tier set baru?
Patrick: Saya rasa setiap musim baru sentiasa datang dengan pelbagai hadiah yang menarik. Jika ketinggalan, anda boleh mengejar dengan pantas ke level yang diingini untuk update ini. Dengan cara itu, anda boleh terus mengikuti Raid dalam mode normal/Heroic dan kemudian mengejar untuk mendapatkan peralatan Mythic. Asasnya, mereka yang ketinggalan akan dapat mengejar dengan cepat walaupun bagi kandungan paling sukar jika serius.
Perkara lain yang perlu diambil kira ialah anda boleh mendapatkan set tier lebih daripada sekadar meningkatkan serangan. Dalam versi lama, ia sentiasa dikunci untuk serangan dan bos tertentu, tetapi kini, pemain boleh mendapatkannya daripada Mythic+, PVP, dll, supaya semua orang boleh mengalami set tier tanpa mengira kandungan yang dipilih.
Adakah terdapat sebarang klu atau petunjuk untuk expansion seterusnya dalam Update 9.2 untuk pemain yang menonton setiap cutscene dan jalan cerita? Sebagai contoh, kisah Sylvanas.
Maria: Anda harus benar-benar memberi perhatian. Sudah tentu ia tidak akan didedahkan sekarang. Saya jamin banyak yang akan berlaku dengan Sylvanas. Saya rasa kita telah membuat keputusan yang betul tentang bagaimana kisahnya diteruskan, tetapi saya tidak boleh memberi spoiler.

Berkenaan Cypher of the First Ones, adakah akan ada jenis quest atau progress baru pada masa hadapan?
Maria: Perkara yang menarik tentang Cypher ialah bagaimana pemain akan belajar tentang Zereth Mortis. Apabila mula-mula tiba, anda mungkin menganggap tempat itu pelik dan misteri, yang diwakili oleh bahasa berbentuk muzik dan rune. Semasa mempelajarinya, anda boleh menerjemahkannya dan bercakap untuk menerima misi di sekitar kawasan. Terdapat banyak penerokaan berkaitan Cypher yang turut membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang First Ones dan Zereth Mortis.
Maklum balas komuniti
Ramai orang bercakap tentang perubahan sistem reputasi dalam Public Test Realm (PTR), seperti pengagihan ganjaran dari quest, rare item, dsb. (cara untuk mendapatkan reputasi). Bolehkah anda bercakap lebih lanjut tentang itu?
Maria: Kami mendengar cadangan daripada komuniti tentang sistem reputasi baru untuk memperoleh ganjaran. Daripada menjadikannya lebih mudah, pencapaian untuk mendapatkannya akan melibatkan lebih banyak penerokaan zon dan cerita tertentu. Apabila selesai, anda boleh mendapatkannya. Kami rasa ia lebih baik untuk pemain dan adalah berdasarkan maklum balas daripada komuniti.
Saya melihat ada kebimbangan mengenai “sistem Timegate”. Bolehkah anda menerangkan tentang hal ini?
Patrick: Tidak semua maklum balas daripada PTR boleh diikuti dan dibuat perubahan. Kita telah mengurangkan masa yang diperlukan untuk melakukan penyelidikan. Sudah pasti usaha kami untuk membangunkan game adalah mengikut kehendak pemain, dan memastikan kami mencapai perkara yang mereka minati, mengeluarkan kandungan dan menawarkan cukup untuk mereka melakukannya sekaligus. Kami tetap terbuka untuk mendengar cadangan daripada pemain dan akan mempertimbangkannya.

Bolehkah anda menerangkan bagaimana proses memasukkan maklum balas pemain ke dalam final build? Contohnya, bagaimana anda memutuskan kandungan yang layak disertakan?
Maria: Sebab kami mempunyai PTR adalah untuk mendapatkan cadangan daripada pemain. Saya rasa set tier ialah contoh yang baik tentang maklum balas penting kepada versi akhir. Kami telah membuat 3 hingga 4 perubahan pada cara ia berfungsi dan memperbaikinya berdasarkan maklum balas.
Secara peribadi, perkara yang saya suka ialah mengumpul mount (haiwan untuk tunggang) dan pet di mana saya tidak sabar untuk mendapatkannya. Saya boleh mencubanya dahulu, tetapi ia lebih menarik apabila watak original saya memilikinya.
Patrick: Perkara menyeronokkan yang kami cuba dan tidak pernah lakukan sebelum ini ialah melawan 3 bos terakhir dalam PTR. Boleh katakan ini adalah detik yang menarik untuk dinikmati oleh masyarakat nanti. Detik itu juga akan membuatkan pemain tertarik di sebalik cerita. Semua orang akan menikmati versi Normal/Heroic/Mythic pada masa yang sama.
Mengenai maklum balas yang kami laksanakan, saya rasa ia bergantung kepada sama ada ia sesuai atau tidak untuk meneruskannya dengan cara yang lebih baik. Kami juga menilai dari semasa ke semasa sama ada ia memberi kesan atau tidak. Ini adalah untuk update masa hadapan, tetapi terdapat banyak perbincangan tentang permainan yang kami lakukan. Kami sentiasa mengutamakan asas World of Warcraft.
Proses pembanguan Shadowlands: Eternity’s End
Apakah perkara yang paling mencabar semasa membangunkan update baru? Adakah jangkaan tinggi memberi tekanan kepada anda?
Maria: Untuk reka bentuk quest, kami berada di situasi yang aneh. Ia penting dalam pembinaan dunia ini; jelas ini adalah lokasi yang pelik, tetapi pentingnya bahawa ia cukup relevan untuk pemain memahami mengapa keanehan itu boleh berlaku. Ini adalah tentang imaginasi yang tidak difahami dengan sesuatu yang mempunyai bentuk yang anda fahami. Dalam seni, ia dilihat dalam cara bentuk geometri bergabung untuk membuat makhluk tertentu.
Patrick: Salah satu cabaran Shadowlands ialah Zereth Mortis. Sebagai contoh, cara membina idea untuk dunia yang anda tidak pernah tahu, tetapi perlu membiasakan diri dan memahaminya. Ia adalah satu cabaran yang menyeronokkan. Sukar tidak semestinya teruk dan ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.
Dengan pelbagai bug dan error yang mungkin berlaku dalam update nanti, apakah pendapat anda?
Patrick: Sudah tentu sentiasa ada bug semasa kami menguji. Satu yang menonjol kepada saya, ialah sama ada pemain boleh melengkapkan setiap item legendary dalam game. Itulah sebabnya kami mempunyai PTR dan pasukan QA terbaik untuk membantu menganalisis isu ini supaya dapat kualiti yang diharapkan oleh pemain nanti.
Apakah yang paling anda nantikan dengan dunia baru untuk update akan datang? Adakah terdapat konsep yang mungkin anda pertimbangkan sebelum ini?
Maria: Saya hanya boleh bercakap tentang reka bentuk. Saya tidak boleh menyatakan sama ada artis mempunyai proses yang sama di mana mereka menghasilkan konsep yang merujuk kepada dunia sebenar, planet lain, angkasa lepas, dan pelbagai visual lain untuk menghasilkan konsep visual yang menarik.
Apabila pasukan saya bekerja, kami mempunyai idea yang sangat bagus. Contohnya seperti apa ruang itu, di mana kami membina misi dengan jalan cerita yang kukuh dan pencapaian yang ingin kami lakukan. Kami melihat ruang digabungkan dengan cerita dan gameplay yang mungkin menarik. Kami melakukan ini pada skala yang besar.
Sebagai contoh, apabila melihat Vombata, terdapat banyak cadangan mengenai quest yang sepatutnya kami kaitkan tentangnya dan kami tahu seseorang perlu menunggangnya. Suatu hari nanti, anda akan mendapat gambaran yang menarik dan tertanya-tanya, “Apa yang boleh kita lakukan dengannya? Ia sangat cool, dan saya tidak tahu ke mana hendak pergi.” Kami mempunyai proses yang sangat kolaboratif, menyatukan idea dan mencari yang terbaik daripada seluruh pasukan.
Sesetengah sistem dalam Update 9.2 nampaknya dibuat untuk meringankan beban pemain. Adakah ini perubahan falsafah atau hanya untuk patch ini?
Patrick: Kami telah melakukan pelbagai eksperimen, contohnya Visions of N’zoth dan Echoes of Ny’alotha, di mana banyak wang boleh diperoleh daripada pelbagai aktiviti. Ini adalah perkara sama yang membolehkan pemain memperoleh banyak wang daripada sebarang aktiviti, kemudian membeli apa sahaja yang mereka mahu. Kami mahu memastikan pemain mempunyai pilihan untuk melibatkan diri dengan kandungan yang paling mereka inginkan. Tidak begitu banyak perubahan pada falsafah, tetapi lebih kepada dedikasi untuk membenarkan pemain bermain game dalam cara yang mereka mahukan.
Kata-kata akhir
Bolehkah anda berkongsi rancangan untuk masa depan mengenai game ini?
Patrick: Secara khusus, kami mempunyai banyak perkara untuk dikongsi pada masa hadapan. Buat masa ini, kami menumpukan pada keluaran Shadowlands: Eternity’s End untuk mengakhiri kisah menarik pengembaraan Shadowlands. Kami mendengar maklum balas komuniti dan telah mendedikasikan sumber untuk memastikan kami mendapat maklum balas dalam cara yang terbaik.
Kami mempunyai wakil komuniti dan pasukan yang memberi tumpuan kepada pelbagai jenis pemain yang memainkan semua jenis kandungan berbeza dan mereka telah memberikan maklum balas yang hebat kepada komuniti secara keseluruhan. Sungguh menyeronokkan untuk melakukan ini, terutamanya kerana kami dapat membuat game hebat yang dapat dinikmati oleh semua orang.
Maka tamat lah temu ramah kami bersama Patrick Dawson dan Maria Hamilton tentang Shadowlands: Eternity’s End. Selain daripada pelbagai content baru, tahap kesukaran untuk mengejar dan melaksanakan pelbagai cabaran juga dipermudahkan. Bukan itu sahaja pemain juga dapat mengalami finale kepada kisah epik Shadowlands. Untuk maklumat lanjut tentang Eternity’s End, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post