Memandangkan ramai orang dapat mencuba expansion terbaru World of Warcraft: Dragonflight versi beta, pasti ramai tertanya tentang tarikh keluarannya. Walau apapun, terdapat banyak bahagian yang belum dijelaskan lagi, jadi hari ini -Graham Berger dan Jake Miller, kedua-duanya Senior Game Designer oleh Blizzard untuk Dragonflight, akan cuba menjawab soalan kami. Berger akan menjawab tentang reka bentuk Dracthyr, manakala Miller akan menjawab tentang sistem Dragonriding.
Graham Berger Jake Miller
Tanpa melengahkan masa, jom kita selami interview ini!
Reka bentuk keseluruhan
Apakah elemen/prinsip utama dalam reka bentuk Dracthyr?

GRAHAM BERGER: Secara visual -model dan customization mendapat inspirasi daripada naga dan kerabat naga di WoW untuk mentafsirkannya dalam cara baharu bagi menjadikannya rasa segar, menonjol dan cara watak berperang. Ramai kerabat naga adalah lebih besar, lebih kuat, pahlawan jarak dekat, tetapi kelas Evoker adalah jenis yang mahir sihir dan pantas di medan perang.
Dari segi mekanikal, kami bercadang membuat watak Draconic yang boleh dimainkan, dan bertanya kepada rakan sepasukan tentang apa yang menarik tentang naga. Yang unik bagi WoW ialah Visage Form, di mana naga berubah menjadi makhluk humanoid untuk berinteraksi dengan manusia. Kemudian, lima “Flight of Magic” – Red, Green, Blue, Black, Bronze – dan bagaimana ia terjalin secara unik ke dalam kisah Azeroth dan Warcraft.
Akhir sekali, rasa kekeluargaan. Kebanyakan naga di WoW bukan penyendiri; mereka bekerja bersama puak untuk mencapai matlamat bersama dan memenuhi cita-cita.
Kami mahu melakukan sihir, yang mengkhususkan diri kepada Red dan Blue untuk Devastation, Green dan Bronze untuk Preservation, tetapi secara keseluruhan sebagai spell untuk semua lima keluarga warna. Deep Breath ialah salah satu sihir paling ikonik dan ia adalah sihir Black Dragon. Dalam tema Dragonflight dan keluarga, Evoker mempunyai utiliti baharu yang membantu bukan sahaja diri anda tetapi juga ahli parti: seperti minta mereka terbang di udara, ulang semula masa, jemput rakan daripada darat.
Bagaimana rasanya mencipta sesuatu seperti “free flight”?

JAKE MILLER: Dalam sesi brainstorm, kami tertanya bagaimana rasanya bekerjasama dengan Drake daripada Dragon Isles, dan apa yang boleh kami lakukan dengan Drake daripada WoW. Kami mempunyai sistem sumber yang tidak asing dengan permainan, Vigor Points, yang membolehkan kami melakukan pergerakan udara yang jarang dilakukan dalam expansion.
Kemudian, kami memastikan untuk menyusun quest dan pertempuran untuk memberikan pemain pengalaman yang menarik, sistem sumber untuk Dragonriding bekerja seiring untuk membolehkan pemain bergerak di udara dan mendapatkan perasaan kebebasan, tetapi masih dapat mengalami cerita dari Dragon Isle. Ia dahulu mempunyai lebih sedikit abiliti aktif dan lebih banyak hand-glide. Kami melihat semula sistem untuk kini mempunyai abiliti aktif, sistem sumber dan sistem kemajuan yang memberi ganjaran kepada penerokaan.
Dari segi seni, saya melihat peminat mahukan Dracthyr yang lebih besar, lebih berotot. Adakah model boleh mempengaruhi mekanik?
GRAHAM BERGER: Maklum balas itu didengari dengan kuat dan jelas. Saya rasa pasukan seni telah melakukan kerja yang hebat dengan menambahkan pilihan customization yang lebih besar sambil mengekalkan siluet kurus kerana mereka adalah watak lincah yang banyak bergerak di sekitar medan perang. Dari segi mekanik gameplay teknikal, ia tidak menjejaskan apa-apa; ia hanyalah perubahan visual untuk ekspresi dan perwakilan peribadi.
Dengan semua mekanik baharu ini, apakah yang telah anda laksanakan supaya orang ramai dapat memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri ini?

GRAHAM BERGER: Bagi Dracthyr, Empower adalah sesuatu yang kami prototaip secara khusus. Kami mahu anda berasa seolah-olah sedang menghirup api, bukan sekadar mengisi “Cast Bar” dan melakukannya. Kami mendapat maklum balas daripada pemain yang tidak mahu menahan butang, jadi kami mempunyai pilihan “press and tap” di mana anda masih perlu membuat tindakan kedua. Empower hanya untuk Evoker kerana mereka sangat draconic dan boleh menyampaikan fantasi itu, tetapi jika pemain sangat teruja, siapa tahu apa yang boleh berlaku pada masa hadapan?
JAKE MILLER: Kami telah menambah pelbagai ujian masa untuk pemain menguji kemahiran traversal mereka dalam pergerakan udara. Kami juga telah memperkenalkan skil seperti keupayaan untuk menjatuhkan pemain musuh di dunia terbuka untuk pemain PVP.
Visage form hanya boleh digunakan semasa pertempuran, tetapi beberapa pemain berharap mereka boleh menggunakan Visage Form dalam pertempuran. Bolehkah anda bercakap lebih lanjut tentang itu?

GRAHAM BERGER: Kami telah menambahkan ciri Chosen Identity sebagai tetapan untuk anda kembali ke dalam Visage Form apabila meninggalkan pertempuran atau selepas terbang. Ada idea bahawa Dracthyr boleh digunakan dalam pertempuran: bila-bila masa anda menggunakan salah satu abiliti draconic, anda akan bertukar menjadi naga, kerana ia memerlukan keupayaan fizikal untuk melakukan aktiviti ini. Chosen Identity adalah untuk mengembalikan anda secara automatik sebaik sahaja menamatkan pertempuran atau mendarat dari Soaring supaya tidak perlu ingat tiap kali untuk klik butang.
Teknikal penerbangan

Terdapat banyak fizik yang terlibat dengan pertempuran Evoker, dan Dragonriding, jadi bagaimana rasanya bekerja dengan sistem baharu tersebut?
JAKE MILLER: Bekerja dengan kuasa baharu merupakan cabaran luar biasa yang telah kami lalui dalam perjalanan. Pasukan kejuruteraan kami merombak kod pergerakan, dan animator kami bekerja keras untuk mencipta animasi fizikal yang lebih mengasyikkan untuk pergerakan udara ini. Daripada ujian dalaman hingga ke beta, kami haluskan cara kuasa ini memberi kesan kepada pemain dan cara terbaik untuk memberikan alat untuk pemain bekerja dan menentang kuasa tersebut.
GRAHAM BERGER: Dari segi Dracthyr, abiliti kaum mereka, Soar, berfungsi seperti Dragonriding. Abiliti kelas mereka seperti Hover atau Deep Breath adalah kerja yang luar biasa oleh pasukan animasi kami: ia mencerminkan dari segi apa yang sebenarnya dilakukan oleh watak dengan sistem berbeza seperti Dragonriding, tetapi rasanya sama baik.
Memandangkan kami telah mengesahkan bahawa terdapat fizik baharu dalam permainan, betapa mencabarnya untuk memastikan pemain tidak merempuh ke dinding halimunan dan sebagainya?
JAKE MILLER: Pasukan kami, pasukan level design dan pasukan quest design sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain, membandingkan nota semasa membina kawasan baharu dan menghasilkan quest. Kami memastikan mempunyai ruang yang menarik untuk bergerak tetapi tidak terlalu membebankan pemain dari segi kelajuan, atau kadar giliran drake, contohnya.
Adakah abiliti Soar / Hover milik Dracthyr boleh digunakan di luar Dragon Isles?

GRAHAM BERGER: Ya. Abiliti, Soar, membolehkan mereka bergerak di udara seperti Dragonriding di mana-mana tempat di mana tunggangan terbang boleh digunakan. Ia bergerak lebih perlahan daripada drake, dan tidak terjejas oleh progression tree Dragonriding.
Saya melihat ramai yang kecewa kerana Dragonriding hanya terhad kepada Dragon Isle. Bolehkah anda bercakap lebih lanjut mengenai aspek teknikal dalam melaksanakannya?
JAKE MILLER: Semasa mengusahakan Dragonflight, kami benar-benar tertumpu pada tanah darat yang dibina dengan memikirkan keupayaan dan kelajuan Dragondiring. Kami sangat tertumpu untuk memastikan kawasan dan keupayaan expansion baharu adalah yang terbaik sehingga mereka boleh sentiasa bermain di sana. Pada masa ini, kami memastikan sudah mempelajari sepenuhnya tentang Dragonriding di kawasan ini. Kami sangat berterima kasih atas semua maklum balas positif daripada pemain yang berharap dapat melihatnya [ciri Dragonriding] di tempat lain.
Apakah maklum balas paling biasa yang anda peroleh berkaitan dengan Dracthyr dan Dragonriding?
JAKE MILLER: Maklum balas paling berguna ialah mendengar cara-cara berbeza orang bermain World of Warcraft, dan memahami bagaimana ciri-ciri mempengaruhi mana-mana individu tertentu. Kami mendapat maklum balas di mana pemain memberitahu bahawa kami melanggar ciri Follow yang mereka harapkan untuk bersiar-siar dan terlibat dengan game. Itu sangat berharga: kami dapat membuat prototaip dan melaksanakan ciri baharu di mana pemain boleh menjadikan Drake di Dragon Isles boleh berinteraksi, jadi jika mereka biasa membimbing pemain di sekitar WoW, mereka kini boleh melakukannya pada Drake daripada Dragon Isles.
Kami sentiasa mencari maklum balas seperti itu untuk membina ciri accessibility yang lebih mantap untuk Dragonriding.
Memandangkan anda ada menyebut beberapa ciri accessibility berkenaan dengan mekanik baharu, bolehkah anda bercakap lebih lanjut mengenainya?

JAKE MILLER: Sejak awal lagi, kami tahu bahawa apa sahaja yang mengawal cara Dragonriding mungkin akan mengakibatkan motion sickness di kalangan pemain. Daripada kajian dalaman, ujian main dan maklum balas, kami dapat menambah perkara seperti ride-along, dan juga menukar tetapan accessibility kamera sedia ada.
Fullscreen alternatif juga akan melumpuhkan efek kelajuan fullscreen maksimum. Kami sentiasa melihat maklum balas untuk membuat perubahan, dan memastikan gerakan kamera yang dikurangkan berfungsi supaya medan pandangan tidak berubah untuk pemain yang mungkin mempunyai masalah… ia adalah projek yang berterusan untuk memastikan Dragonriding, dan WoW, boleh diakses sebaik mungkin.
GRAHAM BERGER: Di sisi Evoker, input “press and tap” adalah sesuatu yang besar untuk memperkasakan. Kami juga telah mendapat maklum balas yang menginginkan lebih banyak maklumat tentang Empower spell dan tahap mengecasnya. Kami sedang mengusahakan solusi untuk memberikan sebanyak mungkin cara berbeza bagi pemain mencari yang sesuai.
Saya juga sangat teruja dengan cara casting “hold to continue” yang diperkenalkan baru-baru ini. Ia untuk semua watak pemain, bukan hanya Evoker, di mana anda boleh menahan butang untuk menghantar spell berterusan sehingga anda melepaskan butang. Bagi mereka yang tidak biasa dengan WoW, kami mempunyai cooldown global. Abiliti yang anda aktifkan akan delay sebelum anda dibenarkan menekan abiliti lain. Biasanya, anda perlu berulang kali menekan butang untuk melancarkan abiliti yang sama berulang kali, tetapi fungsi ini membenarkan anda menahan butang sehingga pemain menekan sesuatu yang lain.
Penutup
Apakah saat kegemaran anda semasa menghasilkan rea bentuk Dragonflight?

JAKE MILLER: Bagi saya ia adalah semasa menonton seseorang mengalami Dragonriding buat kali pertama, seperti menonton apabila pemain sedar bahawa mereka tertakluk kepada daya graviti dan momentum. Apa yang dulunya set cantik kini menjadi ruang permainan. “Bolehkah saya pergi atas sana? Bolehkah saya melakukan apa yang Alexstrasza lakukan dalam sinematik dan terbang sekeliling?” Melihat perubahan pemain adalah perkara yang saya fikir paling menarik dan memuaskan semasa mengusahakan ciri ini.
GRAHAM BERGER: Saya sedang membuat panggilan Zoom dengan Jake semasa mencuba Dragonriding, dan saya mula ketawa kerana ia sangat menyeronokkan, dan ini baru versi awal lagi. Ia benar-benar mengubah pandangan saya tentang dunia permainan, yang saya usahakan.
Bagi reka bentuk Evoker, saya fikir ia adalah spell Deep Breath. Kami mempunyai perkara ini sejak awal, abiliti ikonik dari Onyxia pada masa itu, dan kami mahu pemain merasai saat naga itu terbang masuk dan melakukan kemusnahan. Apabila mempunyai semua bahagian – model, animasi, kesan visual – apa yang boleh saya katakan ialah, ia hebat.
Terima kasih kepada Graham Berger dan Jake Miller kerana menjawab soalan kami! Mungkin ada yang mempunyai cukup pengetahuan dalam expansion baharu, tetapi anda juga berpeluang mengalami dunia melalui Dragonriding yang memang cukup memukau mata.
Bagaimanakah pengalaman lengkap Dragonflight dalam WoW? Korang sendiri boleh tahu nanti apabila expansion ini dilancarkan dalam masa terdekat.
@gamersantaimy
Discussion about this post